Utusan Borneo (Sabah)

Sterling ledak gol kemenangan City

-

LONDON, England: Raheem Sterling menjaringk­an gol kemenangan cantik pada minit ke-96 ketika Manchester City menewaskan Southampto­n 2-1 Rabu lepas, sekali gus mengekalka­n kelebihan lapan mata di singahsana Liga Perdana Inggeris.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu kelihatan bakal tercicir dua mata selepas Oriol Romeu mengikat kedudukan dari gol pertama City, yang dijaringka­n Kevin de Bruyne untuk membolehka­n City mencipta kemenangan ke-19 berturut-turut dalam semua pertanding­an dan satu rekod kelab kemenangan ke-12 berturut-turut dalam liga.

Ia adalah gol kemenangan lewat ketiga Sterling dari beberapa perlawanan dan pastinya akan mengecewak­an Manchester United, yang merapatkan kedudukan dengan kurang lima mata selepas menewaskan Watford 4-2 pada perlawanan hari Selasa.

“Ia satu perlawanan yang hebat sehingga ke akhirnya. Ia sangat bermakna sekali,” kata Guardiola.

“Apa yang berlaku dalam bilik persalinan adalah hebat. Kami mahu memenangi liga, tetapi anda harus meraikan kemenangan apabila menjaringk­an gol pada minit akhir seperti itu.”

Pada perlawanan lain, Chelsea, Arsenal, Liverpool dan Burnley juga mencipta kemenangan, sementara Wayne Rooney menjaringk­an hatrik ketika Everton membelasah West Ham United 4-0.

Everton kekal menjadi pasukan terakhir yang mengelak dari tewas kepada City selepas seri 1-1 di Stadium Etihad pada bulan Ogos.

Romeu mengikat kedudukan 15 minit sebelum tamat permainan dari umpanan Sofiane Boufal.

Tetapi ketika tinggal beberapa saat sebelum tamat permainan, Sterling bertukar hantaran dengan De Bruyne sebelum merembat ke pintu gol untuk menewaskan penjaga gol Fraser Forster.

Chelsea, di tangga ketiga, bangkit dari penyingkir­an pengurusny­a, Antonio Conte dari tepi padang untuk menewaskan Swansea City 1-0 menerusi gol Antonio Rudiger pada minit ke-55.

“Masalahnya ialah saya kecewa kerana pemain lawan membuang masa,” jelas Conte. “Tetapi saya sudah meminta maaf kerana apa yang saya lakukan adalah salah.”

Mesut Ozil sekali lagi menyerlah ketika kembali dari kesebelasa­n utama selepas masalah kesihatan ketika Arsenal membelasah Huddersfie­ld 5-0 untuk mengukuhka­n kedudukan di tangga keempat liga.

Alexandre Lacazette membuka jaringan buat Arsenal ketika mencipta kemenangan liga ke-12 berturut-turut di tepat sendiri, seawal minit ketiga dari umpanan Aaron Ramsey.

Ozil menamatkan saingan Huddersfie­ld dalam tempoh empat minit pada pertengaha­n separuh masa kedua apabila mengumpan bola kepada Olivier Giroud dan Alexis Sanchez sebelum turut menjaringk­an gol.

Giroud melengkapk­an jaringan pada lewat permainan.

Liverpool memintas Tottenham Hotspur ke tangga kelima selepas menewaskan Stoke City 3-0 di gelanggang lawan.

Liverpool membuka jaringan pada minit ke-17 menerusi rembatan Sadio Mane sebelum Mohamed Salah menjaringk­an dua gol lewat untuk menambah koleksi gol liga kepada 12.

Burnley juga memintas Spurs sleepas menewaskan Bournemout­h 2-1 menerusi Robbie Brady dan Chris Wood.

Pemain tumpuan Rabu lepas ialah Rooney, yang menjaringk­an hatrik pertama beliau dalam tempoh enam tahun untuk memastikan Everton meraikan pelantikan pengurus baharu dengan kemenangan besar ke atas West Ham United. - AFP

 ??  ?? STERLING (kanan) melepaskan rembatan melepasi pemain pertahanan Southampto­n untuk menjaringk­an gol kedua City di Stadium Etihad, Manchester Rabu lepas. — Gambar AFP
STERLING (kanan) melepaskan rembatan melepasi pemain pertahanan Southampto­n untuk menjaringk­an gol kedua City di Stadium Etihad, Manchester Rabu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia