Utusan Borneo (Sabah)

Pemain perlu terus bersaing

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Pemain perlu terus bersaing untuk menyarung jersi skuad Piala Presiden (bawah 21 tahun) dan Piala Belia (bawah 19 tahun) Sabah 2018.

Sebab itu, senarai akhir pemain dua skuad muda Sabah itu belum dimuktamad­kan selepasfas­aduaujianp­emilihan pemain berakhir di Stadium Likas pada Khamis.

Pengerusi Jawatankua­sa Pemilihan Piala Presiden dan Piala Belia Persatuan Bola Sepak Sabah (Safa), Benedict Asmat berkata, senarai pemain hanya dikurangka­n kepada dua pertiga daripada kira-kira 100 pemain pada fasa dua pemilihan itu.

“Kami mungkin akan cadang masing-masing 35 pemain untuk setiap pasukan disenaraik­an menjalani latihan pusat.

“Pemain-pemain tersenarai ini perlu terus bersaing untuk mendapat tempat dan didaftarka­n sebagai pemain Piala Presiden atau Piala Belia,” kata Benedict.

Beliau berkata, senarai akhir pemain hanya diputuskan pada saat akhir sebelum pendaftara­n pemain ditutup pada awal Januari depan.

“Senarai pemain terpilih dari fasa dua ujian pemilihan ini akan diumumkan dalam masa terdekat ini selepas jawatankua­sa bermesyuar­at dan meneliti laporan serta cadangan panel pemilih yang diketuai Justin Ganai,” katanya.

Sambil itu, Benedict memberitah­u bahawa jawatankua­sa pemilihan juga akan terus memantau pemain dari mana-mana kejohanan terutamany­a Sukan Sabah (SAGA) yang akan berlangsun­g di Sandakan pada 9-16 Disember.

“Kalau ada pemain yang berpotensi dari mana-mana kejohanan terutamany­a SAGA nanti, kita juga akan beri

(kanan) menunjukka­n senarai pemain kepada Benedict (dua dari kanan) sambil disaksikan Ahli Jawatankua­sa Pemilihan dan panel pemilih lain di Stadium Likas pada Khamis.

mereka peluang menjalani latihan pusat.

“Menerusi usaha-usaha seperti ini, kita berharap bukan sahaja dapat membentuk pasukan mantap untuk saingan Piala Presiden dan Piala Belia 2018 tetapi dapat menyediaka­n kelompok pemain yang boleh disandarka­n sebagai pelapis skuad senior kita,” kata Benedict.

 ??  ?? JUSTIN
JUSTIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia