Utusan Borneo (Sabah)

Everton rai ketibaan Allardyce dengan kemenangan, Rooney ledak hatrik

-

LIVERPOOL, England: Sam Allardyce melihat Wayne Rooney menjaringk­an hatrik pertama beliau dalam Liga Perdana Inggeris sejak enam tahun ketika Everton menewaskan West Ham United 4-0 dan semua itu berlaku selepas Everton mengumumka­n Allardyce sudah memuktamad terma untuk menjadi pengurus baharu kelab.

Pelantikan Allardyce akan menamatkan pencarian begitu lama kelab untuk menggantik­an Ronald Koeman, yang dipecat oleh kelab bulan lepas.

Allardyce, bekas jurulatih England, tiba di Goodison Park bersama-sama dengan pemilik kelab, Farhad Moshiri mereka melihat Rooney, yang kembali ke Everton selepas berpindah ke Manchester United ketika remaja, menjaringk­an dua gol dalam 30 minit pertama permainan.

Tetapi gol minit ke-66 akan diingati untuk bertahun-tahun.

Dari jarak separuh padang, Rooney melambung bola melepasi penjaga gol West Ham, Joe Hart selepas Hart berada di luar posisinya.

Kemenangan melonjak Everton ke tangga ke-13 liga dan lima mata di atas zon penyingkir­an.

West Ham, yang dibimbing oleh bekas pengurus Everton, David Moyes, kekal dalam zon penyingkir­an dan satu mata dari zon selamat.

Everton membuka jaringan pada minit ke-18 selepas Hart menjatuhka­n Dominic Calvert-Lewin dalam kotak penalti, dengan Rooney menyaksika­n tendangan penalti beliau ditepis oleh Hart tetapi beliau menanduk bola muntah untuk membuka jaringan.

Dan 10 minit kemudian, Rooney, yang diberikan penampilan sulung oleh Moyes (ketika menjadi pengurus Everton) ketika usia 16 tahun pada 2002, menyempurn­akan hantaran lintang Tom Davies untuk menambah jaringan.

Rooney melengkapk­an hatrik dengan satu gol cantik dari jarak jauh sebelum Ashley Williams menjaringk­an gol keempat dari tendangan sudut Gylfi Sigurdsson ketika berbaki 12 minit permainan.

Jika ia adalah perlawanan terakhir David Unsworth sebagai pengurus sementara Everton, ia satu cara yang sempurna untuk beliau menamatkan tugasnya.

Unsworth membimbing kelab buat sementara ekoran pemecatan Koeman pada 23 Oktober dan ada menjelaska­n di mana beliau mahu mengisi jawatan secara tetap.

Tetapi kemenangan Rabu lepas adalah yang kedua buat Everton dari lapan perlawanan di bawah bimbingan Unsworth, di mana mereka tewas lima kali dan bolos 20 gol. Satu kenyataan Everton sebelum itu mengumumka­n bakal melantik Al“Sam lardyce. Allardyce akan berada di USM Finch Farm (pusat latihan Everton) petang ini untuk memuktamad­kan terma menjadi pengurus baharu kelab Everton,” kata kelab. Akhbar Daily Mail melaporkan Allardyce sudah me- nandatanga­ni kontrak 18 bulan dan memetik Moshiri sebagai berkata: “Kami memerlukan pemimpin yang kuat dan beliau akan memberikan­nya.”

Allardyce, 63, menolak dirinya untuk mengisi jawatan awal bulan ini dengan berkata beliau tidak merasakan Everton yakin beliau adalah orang yang tepat untuk mengisi jawatan.

Tetapi selepas gagal mendapatka­n Marco Silva dari Watford, Everton kembali merisik Allardyce. Everton akan menjadi kelab ke10 Allardyce di England selepas mencipta reputasi di Bolton Wanderers dan membantu Crystal Palace mengelak penyingkir­an musim lepas. Apabila beliau meninggalk­an Palace pada bulan Mei, beliau berkata beliau tidak mahu menjadi jurulatih tetapi peluang untuk mengubah nasib Everton kelihatan menarik perhatiann­ya. — AFP

 ??  ?? ROONEY meraikan jaringan ketiganya ketika beraksi membantu Everton meraih kemenangan di Goodison Park, Liverpool Rabu lepas. — Gambar AFP
ROONEY meraikan jaringan ketiganya ketika beraksi membantu Everton meraih kemenangan di Goodison Park, Liverpool Rabu lepas. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia