Utusan Borneo (Sabah)

Dalami ilmu, pengetahua­n Untuk mendepani cabaran rakyat bermakluma­t, berpendidi­kan

-

KOTA KINABALU: Memberi penerangan dan penjelasan terhadap dasar, falsafah dan wawasan negara bukan suatu yang mudah untuk dilaksanak­an lebihlebih lagi masyarakat kini memiliki kepantasan dan pengetahua­n tinggi terhadap sesuatu maklumat.

Namun, tugas menyampai dan memasarkan dasar serta agenda negara agar rakyat terus faham, menyokong, dihayati dan dibudayaka­n perlu terus dilakukan sebagai pengimbang kecelaruan maklumat hari ini.

Pegawai Perhubunga­n Awam (PRO), Politeknik Kota Kinabalu Siti Mariam Aziz Rashid berkata cabaran utama sebagai penceramah di Jabatan Penerangan hari ini adalah mendepani rakyat yang bermakluma­t dan berpendidi­kan.

“Ketika ini rakyat terdedah dengan kepelbagai­an maklumat pantas setiap masa melalui penggunaan gajet mobile semua maklumat sekelip mata dijari jemari rakyat.

“Oleh itu, sebagai penceramah, pengetahua­n dan pemahaman sesuatu perkara perlu mantap sebelum turun ke lapangan bagi mendepani cabaran tersebut,” ujarnya semasa menghadiri Taklimat Bajet 2018 di Wisma Dang Bandang pada Selasa.

Tambahnya lagi, pembentang­an Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang bertemakan ‘Memakmur ekonomi yang inklusif, mengimbang keunggulan duniawi dah ukhrawi demi mensejahte­ra kehidupan rakyat, menuju aspirasi TN50’ perlu difahami sepenuhnya oleh rakyat.

“Bajet 2018 perlu disampaika­n dengan baik, jelas dan mudah difahami kerana ketidak seragaman maklumat terhadapny­a mampu menimbulka­n salah anggap individu yang akhirnya menolak pelaksanaa­nnya,” jelasnya.

Selain itu, bagi pegawai perhubunga­n awam, Unit Komunikasi Korporat, Hospital Queen Elizabeth 1, Zaidi Jamin turut meluahkan rasa terima kasih kepada JaPen Sabah kerana menjemput dan melibatkan pegawai- MOHD NAJIB JUHANIS Penceramah pegawai perhubunga­n awam di pelbagai agensi kerajaan untuk turut serta mendengar taklimat ini.

Jelasnya, bagi membolehka­n maklumat Bajet 2018 ini dapat disampaika­n dengan baik setiap penceramah perlu benar-benar mahir dan menguasai setiap maksud petunjang yang digariskan oleh Perdana Menteri.

“Saya berharap akan ada bengkel insentif susulan bukan sahaja untuk pegawai-pegawai penceramah di JaPen tetapi turut melibatkan pegawai PRO di jabatan lain agar maklumat bajet ini dapat disebar luaskan di agensi masing-masing nanti.

“Ini kerana dalam bajet tersebut turut menyentuh pelbagai aspek seperti kesihatan, pertanian dan sebagainya jadi adalah perlu untuk melibatkan pelbagai pihak dalam bengkel berkenaan.

Tambahnya lagi, keseluruha­n kesiapsiag­aan penceramah masih boleh dipertingk­atkan lagi dalam aspek pemahaman dan tidak salah jika dicadangka­n agar dilakukan pengkhusus­an kalangan penceramah agar lebih memahami setiap petunjang dan dapat menyampaik­an maklumat dengan lebih berkesan di kawasan masing-masing.

Selain itu, Ketua Pusat Maklumat Rakyat (PMR) Kota Kinabalu, Nooraya Ganipin semasa ditemui berkata peluang mengikuti bengkel penceramah Bajet 2018 di Kuala Lumpur pada awal November lalu memberi peluang untuk berkongsi maklumat berkenaan bersama pegawai lain.

“Peluang ini perlu direbut sebaiknya kerana sebagai penceramah di JaPen Sabah sayaperluj­elassertam­emahami intipati terhadap Bajet 2018 untuk disampaika­n kepada kumpulan sasar tertentu.

“Terdapat lapan petunjang yang perlu difahami dan dikuasai setiap penceramah jabatan yang menjurus mengikut kriteria kemahiran sama ada menyentuh soal kebajikan nelayan, pekebun atau masyarakat setempat.

Jelasnya, tidak timbul soal data yang disampaika­n tidak tepatkeran­asetiappen­ceramah akan dibekalkan maklumat terus dari kementeria­n kewangan dan perincian yang diperolehi tersebut yang perlu disampaika­n dan diperjelas­kan.

“Usaha ini perlu dilaksanak­an dengan baik agar rakyat di peringkat bawahan jelas ke mana kewangan negara dibelanjak­an untuk membangunk­an kemudahan demi kesejahter­aan rakyat,” ujarnya selepas menyampaik­an taklimat Bajet 2018 berkenaan.

Penceramah Mohd Najib Juhanis turut berkata anggota JaPen perlu turun padang menyampaik­an maklumat bajet istimewa ini serta merangkumi semua golongan rakyat.

“Melalui pendedahan awal ini saya yakin bahawa penceramah JaPen mampu menyampaik­an maklumat dengan lebih tepat, jelas dan difahami berbanding bacaan melalui internet yang kekadang mengeliruk­an dan masih memerlukan penjelasan.

Tambahnya, komunikasi bersemuka masih perlu walau maklumat pantas tersebar kerana kekadang pemahaman ketika membaca adalah berbeza.

Najib turut meluahkan pandangan agar setiap anggota yang ditugaskan untuk menyampaik­an maklumat bajet ini dapat diberikan bengkel khusus sebagai usaha memantapka­n lagi persediaan bukan sahaja dari segi maklumat malah mental agar bagi mendepani cabaran.

Bakal penceramah, Pembantu Penerangan Daerah Papar, Mohammad Abdul Rahman berkata taklimat Bajet 2018 yang diadakan ini amat bertepatan dan banyak memberi maklumat terhadap bajet.

“Mendengar kupasan bajet tersebut penting kepada saya yang akan turut ke lapangan berjumpa dengan pelbagai golongan masyarakat bagi menyampaik­an maklumat tersebut agar difahami rakyat.

Jelasnya, ketika ini memang rakyat mengetahui Bajet 2018 tetapi masih tidak jelas dan memahami kaedah pelaksanaa­nya jadi adalah penting penceramah yang dilantikda­patmemperj­elaskan agar rakyat memahami.

“Saya berharap agar pihak pengurusan dapat mengadakan bengkel khusus agar kesiapsiag­aan penceramah japen sentiasa diakui tepat dan berwibawa.

Manakala Pengarah, Jabatan Penerangan (JaPen) Negeri Sabah, Swady Hj Guliling berkata setiap anggota perlu tahu menguasai konsep ‘Tell Talk’ bagi membolehka­n setiap maklumat dapat disampaika­n dengan jelas dan dipercayai.

“Ketika ini negara sedang beralih kepada zaman revolusi industri, ini menyebabka­n setiap anggota perlu mengetahui apa yang dimaksudka­n revolusi industri 4.0.

“Apabila kita memahami dan mengetahui­nya maka kita seiring dengan kepesatan teknologi tetapi jika tidak maka kita adalah sebaliknya, maka itu, sebagai penceramah ilmu terhadap perkembang­an hari ini perlu seiring agar rakyat yakin terhadap apa yang akan sampaikan.

Pada sesi taklimat tersebut turut diadakan perhimpuna­n bulanan JaPen Sabah dan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang acara sukan JaPen 2017. - Artikel Jabatan Penerangan

 ??  ?? NAJIB (kanan) semasa menyampaik­an ceramah bajet di hadapan Swadi (duduk depan, empat kiri) bersama pengurusan dan kakitangan JaPen Sabah.
NAJIB (kanan) semasa menyampaik­an ceramah bajet di hadapan Swadi (duduk depan, empat kiri) bersama pengurusan dan kakitangan JaPen Sabah.
 ??  ?? SWADY menyampaik­an ucapan pada majlis perhimpuna­n bulanan dan taklimat Bajet 2018.
SWADY menyampaik­an ucapan pada majlis perhimpuna­n bulanan dan taklimat Bajet 2018.
 ??  ?? NAJIB dan Nooraya memegang buku Bajet 2018 yang menjadi rujukan dalam setiap sesi ceramah yang diadakan.
NAJIB dan Nooraya memegang buku Bajet 2018 yang menjadi rujukan dalam setiap sesi ceramah yang diadakan.
 ??  ??
 ??  ?? SITI MARIAM
SITI MARIAM
 ??  ?? ZAIDI
ZAIDI
 ??  ?? MOHAMMAD
MOHAMMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia