Utusan Borneo (Sabah)

300 murid Tahun Enam SK Pantai dirai pada majlis graduasi

-

LABUAN: Seramai 300 murid, guru dan ibu bapa Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai telah menjayakan Majlis Graduasi tahun enam yang berlangsun­g di Dewan Datuk Isli, baru-baru ini.

Majlis Graduasi telah dirasmikan oleh tokoh masyarakat, Datuk Haji Isli Siput.

Turut hadir Ketua Sektor Pengurusan­SekolahMai­moon Matnoh, Yang DiPertua PIBG Rahmat Dasiman, Guru Besar SK Pantai Mahani Hussin, Penolong Kanan Pentadbira­n Faridah Amit, Penolong Kanan HEM Azlina Abdol Garip, Penolong Kanan Kokurikulu­m Abdul Kahar Abdul Rahim dan Penolong Kanan Pendidikan Khas Halifah Salim.

Menurut Isli, pelajar perlu memainkan peranan bagi kesinambun­gan pembelajar­an di sekolah.

Katanya, kalau pelajar terleka dan alpa, dibimbangi proses pembelajar­an akan terbantut. Inshaa Allah, jika berlaku pertautan pembelajar­an di rumah dan di sekolah, para pelajar akan berjaya dengan cemerlang

DARI kiri; Faridah, Mahani, Isli, Maimoon dan Rahmat bergambar kenangan bersama graduasi tahun enam dan pra sekolah. (Gambar kanan) GRADUASI pra sekolah bergambar kenangan bersama guru sebelum majlis bermula.

dalam bidang pembelajar­an.

“Saya ingin mengucapka­n syabas dan tahniah kepada graduan pra sekolah dan tahun enam dan kepada jawatankua­sa pelaksana yang telah bertanggun­gjawab merancang dan melaksanak­an dengan jayanya majlis yang gemilang pada hari ini,” katanya.

Sebagaiman­a yang kita semua tahu, Majlis Graduasi ini diadakan bertujuan untuk mengiktira­f pencapaian cemerlang yang telah ditunjukka­n oleh pelajarpel­ajar terpilih di sekolah ini sama ada dalam bidang kurikulum, kokurikulu­m, kepimpinan dan sahsiah diri.

Isli percaya kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini bukan sahaja disebabkan oleh hasil pemusatan mereka terhadap pelajaran yang diajar, malah termasukla­h kerja keras yang mereka usahakan selama ini dengan dibantu oleh semua warga guru di sekolah serta ibu bapa yang tidak jemu-jemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anak-anak di SK Pantai.

“Kejayaan anak-anak ini pada keseluruha­nnya adalah hasil daripada usaha secara kolektif dan kerja berpasukan. Usaha mencapai kecemerlan­gan pelajaran sebenarnya bermula dari rumah, ibu bapa ialah guru pertama yang dikenali anak-anak. Merekalah yang bertanggun­gjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi membolehka­n anak-anak cemerlang pada masa depan,” tambahnya lagi.

Sementarai­tu,GuruBesarS­K Pantai Mahani Hussin berkata, kecemerlan­gan seseorang murid bukan bergantung kepada kecemerlan­gan akademik semata-mata.

Jelasnya, dengan itu hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) ingin melihat perkembang­an murid secara holistik maka Pentaksira­n Berasaskan Sekolah (PBS) telah diperkenal­kan. yang mana PBS ini menilai atau mentafsir bidang akademik dan bukan akademik.

Pelaporan Pentaksira­n Sekolah Rendah (PPSR) merangkumi empat komponen iaitu Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), pentaksira­n bilik darjah, pentaksira­n aktiviti jasmani, sukan dan kokurikulu­m serta pentaksira­n psikometri­k. Oleh itu, matlamat kita adalah untuk melihat keunikan setiap murid dan mengembang­kan potensi mereka mengikut pelaporan masing-masing.

Mahani berkata pelaksanaa­n pentaksira­n sekarang tidak lagi fokus kepada bidang akademik semata-mata. Ia berbeza dengan sistem berteraska­n peperiksaa­n sepenuhnya yang dipraktikk­an sebelum ini, kebanyakka­n ibu bapa menyerahka­n tanggungja­wab tersebut sepenuhnya kepada sekolah.

Empat Komponen PPSR perlu melibatkan kerjasama ibu bapa dan guru dalam membentuk kemenjadia­n murid dan kecemerlan­gan pendidikan di sini.

“Saya berharap tahun hadapan ramai ibu bapa akan tampil untuk bersama-sama dalam menjayakan setiap aktiviti yang berasaskan kecemerlan­gan murid,” katanya.

Mahani tidak lupa mengucapka­n terima kasih kepada semua guru yang komited menjalanka­n tugas yang diamanahka­n untuk mendidik dan memberikan kasih sayang kepada murid SK Pantai sepanjang 2017.

“Ucapan terima kasih juga kami tujukan kepada PIBG dan ibu bapa serta komuniti setempat yang turut menjayakan pelbagai program di SK Pantai pada tahun ini,” katanya.

 ??  ?? GRADUASI Tahun Enam Marikh bergambar kenangan bersama Maimoon (tiga kanan) dan Mahani (tiga kiri).
GRADUASI Tahun Enam Marikh bergambar kenangan bersama Maimoon (tiga kanan) dan Mahani (tiga kiri).
 ??  ??
 ??  ?? (Gambar atas)
(Gambar atas)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia