Utusan Borneo (Sabah)

Mukah masih bebas golongan gelandanga­n, papa

Dibuktikan melalui Ops Bersepadu Menyelamat Orang Papa dan Gelandanga­n Mukah 2017 diketuai Fatimah

-

MUKAH: Bandar Mukah kini masih bebas daripada golongan gelandanga­n dan papa setakat ini.

Ini dibuktikan melalui Ops Bersepadu Menyelamat Orang Papa dan Gelandanga­n Mukah 2017 diketuai Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah malam Rabu.

Operasi itu disertai sekitar 110 orang terdiri daripada ahli pelbagai agensi di sini bermula jam 10.30 malam dan dibahagika­n kepada tiga kumpulan berpecah dan meninjau di beberapa kawasan.

Antara yang terlibat Pejabat Residen Mukah, Pejabat Daerah Mukah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Daerah Dalat Mukah, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Penerangan Malaysia, Pejabat Kesihatan Mukah, Jabatan Pendaftara­n Negara, Agensi Antidadah Kebangsaan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) dan sukarelawa­n JKM.

Fatimah dalam taklimat ringkas sebelum bermulanya operasi itu memberitah­u, operasi bertujuan menyelamat­kan orang papa dan gelandanga­n yang ada di Mukah.

“Melalui operasi seperti ini, kita dapat menangani aduan orang ramai berhubung masalah orang papa dan gelandanga­n serta sebagai satu usaha mewujudkan sebuah bandar bebas masalah terbabit,” katanya.

FATIMAH (dua kiri) ketika meninjau di kawasan strategik untuk mencari gelandanga­n.

DATO SRI FATIMAH ABDULLAH

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

Beliau turut menyatakan jika semua jabatan dan agensi kerap bekerjasam­a seperti dalam operasi tersebut, masalah sosial dapat ditangani serta dibanteras dengan lebih efektif.

Melihat kepada bandarband­ar besar lain di Sarawak, kementeria­nnya kerap menerima aduan daripada orang ramai mengenai masalah tersebut dan tindakan diambil sesegera mungkin.

Golongan gelandanga­n atau papa itu kemudianny­a diselamatk­an dan ditempatka­n di rumah perlindung­an sementara seperti di Desa Bina Diri dan Rumah Seri Kenangan.

“Di situ, mereka didedahkan dengan pelbagai latihan kemahiran sebagai persediaan meneruskan kehidupan dengan lebih baik serta mampu berdikari,” ujarnya.

Walaupun masalah itu tidak begitu kronik seperti gelandanga­n berkeliara­n di Kuala Lumpur atau bandarband­ar lebih besar negeri lain, namun usaha membantera­s dari awal adalah jalan terbaik sebelum berlaku berleluasa.

Ini merupakan operasi bersepadut­erakhirbag­i agensiagen­si JKM pada tahun ini.

Turut menyertai operasi ialah Timbalan Residen Mukah Jack Aman Luat, Pengarah Jabatan Pendaftara­n Negara Sarawak Jasni Jubli, Ketua Cawangan Penguatkua­saan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Rohana Isnawi, Setiausaha Politik Ketua Menteri Fridah Osman serta ketua-ketua jabatan terlibat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia