Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 10,000 orang dijangka menyertai Perarakan Krismas Kuching Sabtu ini

-

KUCHING: Lebih 10,000 orang dijangka menyertai Perarakan Krismas Kuching, acara jalanan tahunan terbesar dan paling berwarna-warni yang akan berlangsun­g Sabtu ini.

Tahun ini, perarakan dianjurkan Persatuan Gereja-Gereja di Sarawak (ACS), yang dipengerus­ikan Gereja Methodist SCAC dan disokong Kuching Ministers’ Fellowship.

Pengerusi penganjur William Ting berkata tema perbarisan Krismas tahun ini adalah ‘Harapan Dalam Yesus Kristus’ kerana mereka berharap untuk membawa harapan kekal kepada masyarakat di bandar raya ini, walaupun segala cabaran dihadapi.

“Matlamatny­a adalah menyebarka­n makna sebenar Krismas yang akan membawa cinta dan kedamaian kepada masyarakat Kuching,” katanya pada sidang media di sini, pada Rabu.

William menambah, peserta-peserta perarakan akan berkumpul di Padang Jubilee Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada jam 6 petang.

Katanya upacara pujian dan ibadah akan bermula jam 6.30 petang dan mula berarak pada jam 7 malam di mana hadiah Krismas juga akan diagihkan kepada orang awam bermula jam 8 malam di sepanjang laluan perarakan.

Laluan perarakan adalah bermula dari Padang Jubilee hingga bulatan HSBC - Jalan Padungan - Jalan Tun Abdul Rahman (Tebingan Kuching) - Lebuh Temple (Hotel Harbour View) - Lebuh Wayang (Star Cineplex) - Jalan Tabuan (Pasaraya Ting & Ting dan Borneo Hotel) - Jalan Ban Hock (Hotel Grand Continenta­l dan flat MBKS) dan kembali ke Padang Jubile.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia