Utusan Borneo (Sabah)

Belinda Goh menang hadiah utama Mitraf 16

-

MIRI: Belinda Goh muncul pemenang hadiah utama Pesta Usahawan Miri Ke-16 (Mitraf 16) pada cabutan bertuah berlangsun­g di Permaisuri Imperial City Mall, Ahad lalu.

Beliau membawa pulang sebuah penyedut asap dapur jenama Kingfisher yang ditaja oleh United Fusion Sdn Bhd.

Hadiah pertama berupa telefon pintar Huawei P10 Lite dimenangi Yong Chee Khiong. Hadiah kedua sebuah pendingin hawa Gree dimenangi Loh Fong Yei manakala Ling Leong Soon meraih hadiah ketiga berupa vakum Panasonic.

Ling Leong Soon juga memenangi hadiah keempat berupa pemain CD Sony dan hadiah ke-18 merupakan sebuah pembakar roti. Ini bermakna beliau membawa pulang tiga hadiah pada malam itu.

Sementara itu, pemenang kelima, keenam, ketujuh dan kelapan ialah Elbert Chiong, Chan Boh Long, Chan Yuk Kim dan Khor Lee Heong masing masing menerima ketuhar elektrik, periuk pelbagai fungsi, periuk thermo dan periuk nasi elektik.

Empat pelanggan iaitu Ng Kit Hua, Loh Fong Yei, Lim Khin Choo dan Huang Yun Huh masing-masing membawa pulang hadiah kesembilan, ke-10, ke-11 dan ke-12 terdiri daripada periuk nasi, seterika elektrik, kipas meja dan pengering rambut.

Lima pelanggan lain masing-masing memenangi sebuah hamper ialah Elbert Chiong, Chin Ai Lian, Loh Fong Yu, Lim Choon Yong dan Ling Yien Chin.

Di samping itu, dua pelanggan iaitu Enkeh Leng dan Loh Fong Yii masing-masing memenangi baucar tunai RM60 daripada Boulevard.

Sebagai sebahagian daripada acara Mitraf 16, pengunjung membelanja­kan sekurangku­rangnya RM300 untuk yuran tempahan hartanah/ kenderaan bermotor atau berbelanja RM100 di geraigerai, layak menyertai cabutan bertuah itu.

 ??  ?? PENGARAH Urusan United Fusion Sdn Bhd Tiong Sie Miew (dua kiri) menyampaik­an baucar hadiah utama kepada Belinda sambil disaksikan Timbalan Pengurus See Hua Marketing Sdn Bhd Sorina Yeo (kiri) dan Pengurus Cawangan Nickky Chua.
PENGARAH Urusan United Fusion Sdn Bhd Tiong Sie Miew (dua kiri) menyampaik­an baucar hadiah utama kepada Belinda sambil disaksikan Timbalan Pengurus See Hua Marketing Sdn Bhd Sorina Yeo (kiri) dan Pengurus Cawangan Nickky Chua.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia