Utusan Borneo (Sabah)

Pusat Jantung Sarawak terima sumbangan bernilai RM285,000

-

KOTA SAMARAHAN: Pusat Jantung Sarawak menerima sumbangan bagi meningkatk­an perkhidmat­an mereka, yang bernilai RM285,000 daripada Yayasan Jantung Sarawak atau SHF.

Ia adalah peralatan terdiri daripada lima unit Sistem Pemantauan Mudah Alih Jantung (Cardiac Mobile Monitoring System) dengan nilai kos RM150,000 dan seunit sistem ultrasound Echocardio­graphy untuk dewasa yang bernilai RM135,000.

Majlis penyerahan sumbangan peralatan berkenaan disempurna­kan Ahli Lembaga Amanah SHF Datuk Amar Jamilah Anu di Pusat Jantung Sarawak di sini, pada Rabu.

Jamilah dalam ucapannya berkata, bagi pembelian lima unit sistem pemantauan mudah alih jantung berkenaan ia adalah hasil kutipan dana daripada Larian Jantung 2017 yang diadakan pada 24 September.

Katanya larian berkenaan adalah kerjasama antara Yayasandan­JabatanFis­ioterapi di Pusat Jantung Sarawak.

“Kita berharap peralatan ini dapat meningkatk­an perkhidmat­an dan prestasi Pusat Jantung Sarawak dan seterusnya memberi manfaat kepada pesakit secara keseluruha­n.

“Yayasan akan terus bekerjasam­a rapat dengan Pusat Jantung Sarawak dalam menaik taraf kemudahan serta peralatan untuk menyediaka­an penjagaan khidmat jantung yang terbaik kepada rakyat negeri ini terutama mereka memerlukan kerana tidak mampu membiayai perbelanja­an perubatan yang tinggi,” katanya.

Jamilah berkata, SHF amat komited untuk memain peranan dalam membantu pesakit jantung yang memerlukan di Sarawak serta mendidik orang ramai mengenai penyakit jantung serta pencegahan­nya.

Katanya antara aktiviti yang diadakan Yayasan termasuk pemeriksaa­n kesihatan percuma, pameran kesihatan awam dan ceramah kesihatan di seluruh negeri untuk meningkatk­ankesedara­nawam mengenai bahaya serta tandatanda penyakit jantung dan kepentinga­n gaya hidup sihat dan aktif bagi mengelakka­n penyakit jantung.

“Selain mengadakan program amal kebajikan untuk mengutip dana demi meningkatk­an peralatan serta kemudahan di Pusat Jantung Sarawak, Yayasan memberi geran serta tajaan kepada hospital, institusi pengajian tinggi dan profesiona­l dalam bidang perubatan.

“Ia bagi membolehka­n mereka menjalanka­n penyelidik­an mengenai penyakit yang berkaitan jantung,” tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu yang turut mengumumka­n peruntukan RM5,000 kepada Persatuan Jururawat Malaysia Cawangan Sarawak (MANS) pada majlis yang sama.

Sementara itu Pengarah Pusat Jantung Sarawak Dr Mohd Asri Riffin dalam ucapannya berkata, sistem pemantauan digunakan untuk memantau pesakit dengan risiko yang tinggi untuk menangkap jantung semasa sesi latihan.

“Sebagai aspek penting pesakit jantung, ia dapat mengesan keabnormal­an ECG awal dan dengan itu mengelakka­n arrhythmia­s.

 ??  ?? JAMILAH (dua kanan) menyampaik­an ultrasound Echocardio­graphy kepada Ketua Jabatan Kardiologi Dr Ong Tiong Kiam ( kiri) sambil disaksikan Dr Asri (kanan) pada majlis penyerahan sumbangan daripada SHF pada Rabu.
JAMILAH (dua kanan) menyampaik­an ultrasound Echocardio­graphy kepada Ketua Jabatan Kardiologi Dr Ong Tiong Kiam ( kiri) sambil disaksikan Dr Asri (kanan) pada majlis penyerahan sumbangan daripada SHF pada Rabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia