Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan RM500,000 untuk nelayan

Disalurkan melalui Skim Bantuan Nelayan

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri melalui Ko-Nelayan sentiasa membantu golongan nelayan di negeri ini bagi memastikan mereka tidak terpinggir.

Pengerusi Ko-Nelayan, Datuk Mijul Hj Unani berkata Kerajaan Negeri pada setiap tahun memperuntu­kan sejumlah RM500,000 untuk membantu golongan nelayan di negeri melalui Skim Bantuan Nelayan (SBN).

Pada Selasa, seramai 15 nelayan di Kudat menerima bantuan pinjaman melalui SBN yang berjumlah RM93,478.

Mijul berkata, bantuan itu selain meringanka­n beban warga nelayan ia juga merupakan satu penghargaa­n kepada mereka yang banyak memberi sumbangan kepada pembanguna­n industri makanan dan perikanan di negeri ini.

“Saya berharap penerima bantuan pinjaman ini bijak dan akan berusaha sebaik mungkin untuk meningkatk­an taraf hidup.

“Sementara kami di pihak KoNelayan pula akan memberikan khidmat dan nasihat serta memastikan agar segala bantuan pinjaman yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui KoNelayan sampai atau dapat disalurkan kepada kumpulan sasar dengan berkesan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Program Skim Bantuan Nelayan di Kompleks Perikanan Kudat pada Selasa.

Hadir sama Timbalan Pengurus Besar Ko-nelayan Hj. Yusof Ag. Besar, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pembanguna­n Dahara Paro dan Pengurus Wilayah Kudat Baingkon Sarikal. KUALA LUMPUR : Menteri Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyeru warga kerja KKLW untuk menjadikan daya pemikiran rakyat Jepun dan Korea sebagai contoh untuk sentiasa menzahirka­n idea demi meningkatk­an organisasi dan seterusnya pembanguna­n negara.

Beliau berkata, jika dilihat cara orang Jepun dan Korea ini, mereka begitu kreatif dan inovatif dalam menghasilk­an dan menampilka­n pelbagai idea inovasi yang telah Berjaya menggubah gaya hidup masyarakat dunia secara amnya.

“Justeru itu, warga kerja KLLW harus keluar daripadaca­rakerjayan­grigid dan tidak fleksibel kepada cara kerja baru yang lebih mesra rakyat dan bertindak di luar kelaziman sekaligus berfikiran luas,”katanya ketika berucap pada majlis Hari Inovasi KKLW 2017, di ibu pejabat KKLW, Putrajaya, semalam.

Menurut beliau, melalui penganjura­n Hari Inovasi seperti ini, ianya dapat dijadikan platform penghargaa­n dan pengiktira­fan kepada warga kerja KKLW dengan idea-idea kreatif dan inovatif khususnya dalam memartabat­kan imej luar bandar demi menghasilk­an perkhidmat­an terbaik.

“Pengiktira­fan yang diberikan diharap dapat memberi suntikan semangat kepada pemenang untuk menghasilk­an produk inovasi yang boleh mengharumk­an nama kementeria­n,”katanya.

Bertemakan ‘Inovasi Pemacu Transforma­si Luar Bandar,’ sebanyak enam kategori dipertandi­ngkan antaranya Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus, Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan, Anugerah Kualiti Pengurusan Keselamata­n Perlindung­an, Anugerah Kualiti Penilaian Outcome Terbaik, Anugerah Kualiti Inovasi Perkhidmat­an Awam (Pengurusan) dan Anugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam (Teknikal).

Bagi kategori Anugerah Kualiti Kecekapan Tadbir Urus, tempat pertama telah dimenangi oleh Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda), untuk kategori Anugerah Kualiti Pengurusan Perolehan pula telah di menangi oleh Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan bagi kategori Anugerah Kualiti Pengurusan Sumber Pengurusan Keselamata­n Perlindung­an pula telah dimenangi oleh KKLW.

Untuk kategori Kualiti Penilaian Outcome Terbaik telah dimenangi oleh MaraSkim Pembayaran Kontrak Ekspress. Kesemua pemenang anugerah ini membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3000, sebuah trofi dan sijil.

Manakala bagi Anugerah Anugerah Kualiti Inovasi Perkhidmat­an Awam (Pengurusan) telah dimenangi Mara-Learning Outcomes Attainment Measuremen­t System (Loams) dan Anugerah Inovasi Perkhidmat­an Awam (Teknikal) telah dimenangi oleh Risda-QLulut (Risda). Kedua-dua pemenang ini kan membawa pulang hadiah wang tunai RM4000, sebuah trofi dan sijil.

“Sementara kami di pihak Ko-Nelayan pula akan memberikan khidmat dan nasihat serta memastikan agar segala bantuan pinjaman yang diberikan oleh pihak kerajaan melalui Ko-Nelayan sampai atau dapat disalurkan kepada kumpulan ” sasar dengan berkesan.

 ??  ??
 ??  ?? ISMAIL Sabri bergambar bersama semua pemenang Hari Inovasi KKLW 2017.
ISMAIL Sabri bergambar bersama semua pemenang Hari Inovasi KKLW 2017.
 ??  ?? MIJUL merakamkan kenangan bersama penerima bantuan pinjaman.
MIJUL merakamkan kenangan bersama penerima bantuan pinjaman.
 ??  ?? MIJUL menyerahka­n enjin sangkut kepada seorang penerima.
MIJUL menyerahka­n enjin sangkut kepada seorang penerima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia