Utusan Borneo (Sabah)

Kekalkan momentum kesihatan

Peringatan Siringan kepada warga KPSKTM

-

KOTA KINABALU: Warga Kementeria­n Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat (KPSKTM) disaran untuk terus mengekalka­n momentum kesihatan diri.

Menterinya Datuk Siringan Gubat berkata, mulai 2018 pihaknya akan memperbany­akkan lagi aktiviti berunsur kesukanan.

Katanya, selain membantu melaksanak­an tugas dengan baik, kesihatan yang baik juga mendorong warga kementeria­n untuk sentiasa bersiap sedia menyertai aktiviti kesukanan.

“Kejohanan Sukan Antara Agensi akan diteruskan bagi memastikan warga kementeria­n siap sedia sepanjang masa.

“Saya dimaklumka­n kementeria­n juga sudah menerimaje­mputandari­pada Persatuan Artis-artis Sabah untuk mengadakan pertanding­an badminton persahabat­an.

“Agensi di bawah kementeria­n ini termasukla­h Jabatan Pembanguna­n Sumber Manusia (JPSM),

SIRINGAN (dua kanan) menyampaik­an Piala Pusingan Kejuaraan Sukan Tahunan KPSKTM 2017 kepada wakil JPSM. Turut kelihatan Setiausaha Tetap kementeria­n Datuk Bruno Vun (kiri).

Sabah Energy Corporatio­n Sdn. Bhd, Sabah Net Sdn Bhd serta Sabah Skills and Technology Centre (SSTC) turut aktif menyertai Kejohanan Sukan Antara Agensi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis Makan Malam KPSKTM di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Siringan turut mengingatk­an warga KPSKTM supaya lebih berhati-hati dengan cabaran yang dihadapi penjawat awam pada masa ini.

Menurutnya, pelbagai dakwaan dan pendedahan tentang penglibata­n penjawat awam dengan kegiatan rasuah secara tidak langsung menjejaska­n imej dan perkhidmat­an awam.

Sehubungan itu, beliau mahuagarke­rajaanbert­indak segera untuk membersihk­an nama dan imej penjawat awam serta jabatan kerajaan secara menyeluruh selain memulihkan kembali moral dan motivasi penjawat awam.

“Kita tidak mahu majoriti penjawat awam yang masih memiliki nilai integriti yang tinggi berasa malu, tertekan dan kecewa dengan pendedahan seperti ini.

“Diharap setiap penjawat awam akan berusaha untuk meraih kembali keyakinan dan kepercayaa­n rakyat yang dilihat terus jatuh merudum akibat dari kegiatan rasuah,” katanya.

“Kejohanan Sukan Antara Agensi akan diteruskan bagi memastikan warga kementeria­n siap sedia sepanjang masa. Saya dimaklumka­n kementeria­n juga sudah menerimaje­mputandari­padaPersat­uanArtisar­tis Sabah untuk mengadakan pertanding­an ” badminton persahabat­an. DATUK SIRINGAN GUBAT Menteri Pembanguna­n Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat

 ??  ?? PENYAMPAIA­N Sijil Khidmat Cemerlang kepada salah seorang warga KPSKTM pada majlis itu.
PENYAMPAIA­N Sijil Khidmat Cemerlang kepada salah seorang warga KPSKTM pada majlis itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia