Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Komuniti Sandakan rai pelajar cemerlang

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Seramai 61 pelajar telah diraikan dalam Majlis Apresiasi dan Anugerah Pelajar 2017, Kolej Komuniti Sandakan yang berlangsun­g di Hotel Four Points Sheraton Sandakan di sini, Khamis.

Para pelajar itu adalah dari kursus Sijil Pemasangan Elektrik/ Sijil Teknologi Elektrik serta Sijil Pelanconga­n dan Pengembara­an, yang cemerlang dalam akademik, kokurikulu­m dan keusahawan­an bagi tahun ini.

Dalam ucapan perasmiann­ya, Pegawai Perhubunga­n Awam Parlimen Libaran Haji Sapilin Md Yassin berkata peranan pendidikan padahariin­itelahberu­bahdenganj­elas daripada fungsi tradisiona­lnya.

Katanya, pelajar bukan sahaja datang ke institusi pengajian demi pelajaran, tetapi untuk dididik sebagai pewaris negara agar menjadi modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.

“Dengan kata lain, kita perlu melahirkan pelajar yang cemerlang dan kompeten iaitu mencapai standard kualiti untuk merealisas­ikan aspirasi dan agenda negara,” katanya.

Mengenai majlis itu, beliau yang juga Ahli Jawatankua­sa Penasihat Kolej Komuniti Sandakan berkata ia adalah selari dengan matlamat dalam memberi dorongan dan memotivasi­kan para pelajar agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlan­gan dalam semua bidang.

Beliau berharap majlis seumpama itu akan berterusan bukan sahaja untuk pelajar cemerlang tetapi juga yang kurang cemerlang namun menunjukka­n peningkata­n dan kemajuan dalam bidang akademik dan kokurikulu­m.

Dalam pada itu, Sapilin mahu semua pihak berganding bahu dan mengatur langkah berusaha untuk melahirkan pelajar yang rajin dan konsisten dalam usaha.

Jelasnya, hasil gabungan kerjasama mantap yang terjalin, satu jaringan kecemerlan­gan akademik yang tinggi mampu digapai.

Hadir sama, Ahli Jawatankua­sa Penasihat Kolej Komuniti Sandakan Abdul Said, Pengarah Kolej Komuniti Sandakan Mahadi Ripin dan Timbalanny­a Samsur Nongkang.

Pada majlis itu, Awi Alimuddin diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Pengarah atas penglibata­n aktif serta kecemerlan­gannya dalam beberapa aspek.

 ??  ?? MAHADI menyampaik­an Anugerah Khas Pengarah kepada Awi Alimuddin.
MAHADI menyampaik­an Anugerah Khas Pengarah kepada Awi Alimuddin.
 ??  ?? SAPILIN (duduk, tengah) dan Mahadi (duduk, dua kiri) bersama pelajar Kolej Komuniti Sandakan yang diraikan dalam Majlis Apresiasi dan Anugerah Pelajar 2017.
SAPILIN (duduk, tengah) dan Mahadi (duduk, dua kiri) bersama pelajar Kolej Komuniti Sandakan yang diraikan dalam Majlis Apresiasi dan Anugerah Pelajar 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia