Utusan Borneo (Sabah)

Pemanas 5.0 platform terbaik mahasiswa salurkan pendapat

-

KUALA LUMPUR: Persidanga­n Kepimpinan Mahasiswa Nasional kali kelima (Pemanas 5.0) yang berlangsun­g sejak Rabu hingga 4 Dis ini menjadi platform terbaik untuk mahasiswa menyalurka­n pendapat mereka terus kepada pemimpin kerajaan.

Ikon Mahasiswa Nasional 2016/2017 Noraini Jahudal, 24, berkata Pemanas 5.0 adalah wadah paling sesuai bagi anak muda menyuaraka­n aspirasi, keinginan dan kemahuan mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Bagi saya, amat penting untuk kita ubah persepsi atau isu yang terbeban kepada Barisan Nasional (BN).

“Justeru, mahasiswa boleh menjadi ejen perubahan pada PRU14 nanti, dan menerokai isu yang membebanka­n BN serta cari jalan penyelesai­annya bersama,” katanya ketika ditemui Bernama selepas menjadi anggota panel Forum Aspirasi Pemanas di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini Khamis.

Turut hadir dan juga menjadi anggota panel ialah Presiden Aktivis Belia Tanah Air Azrinizam Ibrahim dan Tokoh Siswa Kebangsaan 2015 Muhamad Anas Misbahudin.

Anak jati Sabah itu turut menekankan betapa pentingnya mahasiswa sekarang memahami sepenuhnya perjuangan, prinsip dan pendirian diri mereka.

“Apabila ada semua itu, mahasiswa akan berani ke hadapan kerana perjuangan ini bukan hanya untuk generasi yang pertama kali mengundi seperti generasi saya tetapi untuk generasi akan datang juga,” katanya yang mendapati mahasiswa kini enggan bersuara isu politik ekoran bimbang dikecam dan dipandang negatif.

“PRU14 adalah masa untuk kita tunjukkan bahawa ramai belia yang hebat dan berkredibi­liti daripada BN terutamany­a, serta kita mampu untuk seiring dengan pembangkan­g,” katanya.

Bertemakan ‘Mahasiswa Arkitek Alaf Baru’, Pemanas 5.0 dihadiri kira-kira 350 mahasiswa dari universiti awam serta swasta seluruh negara dan pembahas terbaik akan dipilih sebagai jurucakap mahasiswa pada Perhimpuna­n Agung Umno 2017 ini.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia