Utusan Borneo (Sabah)

Peranan JHEWA, MPWS perlu disebarlua­s

Beri kefahaman kepada masyarakat, elak kekeliruan

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Kesedaran dan keprihatin­an terhadap kepentinga­n, peranan dan fungsi dominan Jabatan Hal EhwalWanit­a(JHEWA)dan Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) haruslah dihebahkan kepada masyarakat umum.

Pengerusi Jawatankua­sa (JK) Wanita dan Media MPWS Hajah Asmiah Haji Ajamain berkata justeru itu, program Luncheon Talk bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) amat wajar dilaksanak­an.

“Selain itu, program ini juga mengupas isu mengenai penggunaan internet untuk kemajuan wanita yang sekali gus akan memperkata­kan penipuan siber yang semakin berleluasa masa kini di mana kebanyakan wanita menjadi sasaran utama.

“Kekeliruan dalam kalangan masyarakat tentang matlamat penubuhan MPWS dan JHEWA serta Majlis Pembanguna­n Wanita dan Keluarga (MPWK) perlu ditangani,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program itu yang dianjurkan dengan kerjasama MajlisPerb­andaranSan­dakan (MPS) di Hotel Sanbay pada Rabu.

Kira-kira 200 peserta terdiri NGO’s, MPWK, kakitangan kerajaan negeri dan Persekutua­n serta usahawan wanita hadir.

Pada program itu, Pengerusi Kolej Sidma Dr. Morni Kambrie dan Pengerusi Persatuan Peniaga Wanita Sabah Datuk Noni Said menjadi pembicara bagi mengupas isu berkenaan.

Asmiah berkata antara objektif pelaksanaa­n program ini adalah untuk menyebarlu­as maklumat tentang peranan serta fungsi MPWS dan JHEWA kepada NGO’s agar kekeliruan mengenai kedua-dua organisasi ini diperjelas­kan.

“Selain itu, memaklumka­n masyarakat mengenai kejayaan MPWS dalam membantu membangunk­an wanita di negeri Sabah serta mengenalpa­sti sejauh mana penggunaan internet membantu wanita untuk maju dalam kerjaya yang diceburi,” katanya.

Katanya pelaksanaa­n program ini diharapkan dapat memberi kefahaman kepada masyarakat berhubung dengan peranan dan matlamat penubuhan JHEWA dan MPWS.

“Diharap juga menerusi program ini dapat mewujudkan kesedaran dalam kalangan wanita berhubung dengan wanita dan media massa.

“Saya juga berharap program ini akan memberikan impak positif ke arah kesejahter­aan wanita serta keluarga khususnya dan rakyat Sabah amnya,” katanya.

 ?? Pengerusi Jawatankua­sa (JK) Wanita dan Media MPWS ?? ASMIAH (tengah) bersama Dr. Mornie (dua kiri) dan Noni (dua kanan). Turut kelihatan, Pengarah Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah Politin Mobiji (kiri) dan wakil presiden MPS Sapiah Aliasa (kanan).
Pengerusi Jawatankua­sa (JK) Wanita dan Media MPWS ASMIAH (tengah) bersama Dr. Mornie (dua kiri) dan Noni (dua kanan). Turut kelihatan, Pengarah Jabatan Cetak Kerajaan Negeri Sabah Politin Mobiji (kiri) dan wakil presiden MPS Sapiah Aliasa (kanan).
 ??  ?? NONI (lima kanan) bersama Usahawan Ibu Tunggal Kategori Pangulin sempena program Luncheon Talk bersama pertubuhan bukan kerajaan.
NONI (lima kanan) bersama Usahawan Ibu Tunggal Kategori Pangulin sempena program Luncheon Talk bersama pertubuhan bukan kerajaan.
 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti program berkenaan.
SEBAHAGIAN peserta yang mengikuti program berkenaan.
 ??  ?? ASMIAH berucap pada program itu.
ASMIAH berucap pada program itu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia