Utusan Borneo (Sabah)

Financial Park jalani latihan kebakaran

-

LABUAN: Pihak Financial Park (Ujana Kewangan) telah menjalanka­n sesi latihan kebakaran sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkina­n berlakunya kes kebakaran di bangunan Ujana Kewangan berkenaan.

Seramai 28 anggota iaitu 18 orang anggota dan dua jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan yang diketuai oleh Penguasa Bomba, Cawangan Program Kesedaran dan Keselamata­n Awam JBPM Labuan Pain Muzal, lima orang anggota ERT (Emergency Respond Team)

serta lima orang Rescue Team

Financial Park yang terlibat pada sesi latihan itu.

Menurut Pain sesi latihan kebakaran yang diadakan oleh pihak Financial Park haruslah dipuji kerana ia sebagai salah satu persediaan sekiranya berlakunya kes kebakaran di bangunan Ujana Kewangan.

“Justeru melalui latihan itu, kita akan dapat mengenal pasti beberapa kelemahan khususnya dari segi Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan keselamata­n orang ramai serta penghuni sesuatu bangunan dapat diselamatk­an sekiranya berlaku kebakaran,” katanya.

Katanya melalui latihan ini juga kita dapat memastikan segalapera­latanbagim­engesan kebakaran benar-benar berfungsi serta memastikan SOP dalam kes kebakaran benar-benar dipatuhi oleh pemilik bangunan mahupun pihak pengurusan sesuatu bangunan.

Pada sesi latihan itu para peniaga, orang ramai serta kakitangan­awamyangbe­kerja di bangunan Ujana Kewangan telah memberikan kerjasama yang baik dengan berkumpul di pusat berkumpul yang diarahkan iaitu berhampira­n medan selera berhadapan bangunan Ujana Kewangan.

Turut hadir Pengarah Urusan Financial Park Johari Mesar serta pengurusan kanan Financial Park Labuan.

 ??  ?? ORANG ramai serta kakitangan awam yang bekerja di bangunan Ujana Kewangan berkumpul berhampira­n medan selera.
ORANG ramai serta kakitangan awam yang bekerja di bangunan Ujana Kewangan berkumpul berhampira­n medan selera.
 ??  ?? ANGGOTA bomba Labuan menyelamat­kan seorang mangsa pada sesi latihan berkenaan.
ANGGOTA bomba Labuan menyelamat­kan seorang mangsa pada sesi latihan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia