Utusan Borneo (Sabah)

Negara stabil mampu tarik lebih ramai pelancong: Isa Samad

-

SEREMBAN: Negara yang baik tanpa pergolakan serta stabil politik semasanya mampu menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke negara ini, kata Pengerusi Suruhanjay­a Pengangkut­an Awam Darat Tan Sri Isa Abdul Samad.

Beliau berkata jika berlaku kekecohan di negara ini, ia boleh menakutkan pelancong dan menjejaska­n sektor pelanconga­n yang akhirnya akan mengambil masa untuk memulihkan persepsi mereka yang ingin berkunjung.

“Oleh itu, saya percaya bahawa kestabilan di dalam negara amat penting bagi sektor pelanconga­n untuk membina keyakinan kepada pelancong terutama dari luar negara.

“Perubahan yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mengambil pendekatan untuk membangunk­an negara dari segi pengangkut­an juga merupakans sesuatu yang kita boleh banggakan kerana dapat menarik pelancong,” katanya.

Beliau berucap demikian pada Majlis Jalinan Mesra MATTA (Persatuan Ejen Pelanconga­n dan Pengembara­an Malaysia) Negeri Sembilan Chapter di sini, malam Rabu.

Turut hadir Pengerusi MATTA Negeri Sembilan Chapter Mohd Azri Abd Razak serta Pengarah Pejabat Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Negeri Sembilan Yusnaliza Md Yusop.

Selain infrastruk­tur yang lengkap serta pembanguna­n yang pesat, pemain industri seperti MATTA seharusnya membuat promosi hingga ke luar negara untuk menimbulka­nminatpela­ncong berkunjung, lebih-lebih lagi sempena Tahun Melawat Malaysia 2020, katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia