Utusan Borneo (Sabah)

Umno atur strategi tawan semula Parlimen Kuantan

-

KUANTAN: UMNO Bahagian Kuantan yakin mampu menawan kembali kerusi Parlimen Kuantan yang telah dua penggal dipegang PartiKeadi­lanRakyatm­enerusi strategi ‘gerakan berfokus kluster’ yang dilakukan dengan bantuan sayap Pemuda, Puteri dan Wanita.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuantan Datuk Seri Ab Hamid Mohd Nazahar berkata gerakan itu giat dilakukan sejak empat tahun lalu terhadap golongan sasar hingga ke peringkat akar umbi untuk memenangi kembali hati pengundi di kawasan itu.

“Walaupun Kuantan merupakan kawasan yang dimenangi pembangkan­g, namun kita tetap bersemanga­t memberikan khidmat kepada rakyat kerana walaupun hanya memegang jawatan dalam parti, namun ia tetap amanah kepada kita untuk berjuang dan menjadi suara kepada rakyat.

“Sebab itu walaupun tewas (Parlimen Kuantan), namun banyak perkara Barisan Nasional (BN) dan UMNO khasnya telah lakukan untuk kebajikan rakyat di kawasan ini menerusi projek-projek yang dijalankan melalui agensi kerajaan mahupun negeri,” katanya kepada Bernama barubaru ini.

Menurutnya untuk setiap kelompok tertentu seperti petani, nelayan dan golongan profession­al, belia mahupun wanita, UMNO Bahagian Kuantan mempunyai ‘askarnya’ tersendiri untuk mengetahui keluh kesah dan permasalah­an mereka.

Ab Hamid berkata menerusi maklumat yang diperoleh itu, UMNO Bahagian Kuantan juga mengatur gerak memperbaik­i kekurangan, menghulur bantuan kepada yang memerlukan serta menyusun program untuk mengeratka­n lagi hubungan. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia