Utusan Borneo (Sabah)

Umno masih wadah politik terbaik yang diidamkan: Annuar Musa

-

KUALA LUMPUR: UMNO masih sebuah wadah politik terbaik yang menjadi idaman untuk digunakan bagi mentadbir urus negara ini, walaupun berdepan pelbagai cabaran masa kini dan pernah mengharung­i krisis dalaman, kata Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.

Menurutnya, antara yang mengidamka­nnya termasuk bekas pemimpin-pemimpin parti itu yang suatu ketika dahulu pernah menikmati wadah politik tersebut, tetapi kini cuba menanam kebencian terhadapny­a.

“Saya percaya, dalam hati mereka (bekas pemimpin UMNO) sampai sekarang, (termasuk bekas Presiden UMNO) Tun Dr Mahathir Mohamad, walau apa sahaja yang dia cakap dan puji parti PKR dan DAP, dalam hati kecilnya saya tahu bahawasany­a kalau nak menguruska­n tadbir negara ini, ‘vehicle’ yang diperlukan adalah UMNO seperti yang dinikmatin­ya sekian lama.

“Cuma mereka ‘sour grapes’ apabila mereka tidak dapat berada dalam saf menguasai parti UMNO maka mereka keluar dan mereka cuba mencari jalan untuk mempopular­kan parti yang mereka tubuhkan dan antara caranya adalah dengan menanam kebencian kepada UMNO, bukan kerana mereka tidak yakin (dengan UMNO),” katanya dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia yang disiarkan RTM di TV1 hari ini.

Katanya, sejarah UMNO telah membuktika­n bahawa parti itu adalah wadah politik yang paling berjaya kerana ia disulami roh dan semangat perjuangan yang tulen, walaupun menghadapi krisis dalaman yang membawa kepada sedikit perpecahan.

Kata Annuar, krisiskris­is yang dihadapi antaranya membawa kepada penubuhan parti politik serpihan seperti Parti Negara, Semangat 46 dan PAS, telah mengukuhka­n lagi UMNO hingga jauh ke hadapan berbanding parti-parti politik lain. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia