Utusan Borneo (Sabah)

Skuad Sukarelawa­n Banjir Umno Hulu Terengganu ambil pendekatan proaktif

-

KUALA BERANG: UMNO Hulu Terengganu mengambil pendekatan proaktif dalam mempersiap­siagakan anggota sukarelawa­nnya, sebulan awal dalam menghadapi banjir di daerah itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu Datuk Rozi Mamat berkata pendekatan itu diambil oleh kerana hampir setiap tahun beberapa kawasan di daerah itu akan berhadapan situasi banjir ekoran sebilangan besar kawasan perkampung­an terletak berdekatan dengan sungai utama.

Rozi berkata skuad sukarelawa­n banjir UMNO Hulu Terengggan­u ditubuhkan sejak tahun lepas, bertujuan untuk membantu mangsa dalam penghantar­an bekalan makanan, pemindahan atau bantuan lain mengikut keperluan ketika banjir.

“Skuad sukarelawa­n ini yang terdiri daripada ratusan anggota, mereka dilatih untuk mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamata­n Negara apabila berhadapan dengan situasi banjir.

“Masuk bulan November kita dah mula hantar barangan keperluan seperti makanan serta barangan lain seperti selimut, katil, tilam dan dapur di beberapa pusat pemindahan utama yang telah dikenal pasti di daerah itu untuk bersedia menghadapi banjir,” katanya kepada Bernama selepas mengagihka­n sumbangan kepada mangsa banjir di Kampung Bukit Tadok, di sini pada Rabu.

Rozi, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Telemong, sanggup meredah banjir biarpun air separas paha untuk menghantar sumbangan berbentuk barangan keperluan kepada mangsa-mangsa di kawasan itu.

Dalam pada itu, Rozi berkata UMNO Hulu Terengganu masih meneruskan usaha mendidik penduduk di daerah itu mengenai langkah-langkah keselamata­n banjir.

“Ia bagi memastikan masyarakat di dalam kampung tahu apa yang mereka perlu buat bila banjir berlaku, sebagai contoh bila air sudah naik ke suatu paras yang harus berwaspada mereka akan pindah ke pusat pemindahan,” ujar beliau. - Bernama

 ??  ?? MOHAMED Rawi Abdullah (kiri) melihat Skuad Sukarelawa­n Banjir UMNO Jerteh melakukan kerja-kerja membersih rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Pulau Panjang, Khamis.
MOHAMED Rawi Abdullah (kiri) melihat Skuad Sukarelawa­n Banjir UMNO Jerteh melakukan kerja-kerja membersih rumahnya yang dilanda banjir di Kampung Pulau Panjang, Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia