Utusan Borneo (Sabah)

Polis Kota Setar komited banteras dadah di Kuala Kedah

-

ALOR SETAR: Komited membantera­s kegiatan penyalahgu­naan dadah dalam kalangan masyarakat, polis daerah Kota Setar akan menjadikan Kuala Kedah sebagai kampung angkat pada tahun 2018.

Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Mohd Rozi Jidin berkata Kuala Kedah dipilih sebagai kampung angkat bagi fasa ketiga berikutan kawasan berkenaan dilabel antara kawasan yang mencatakan kes tangkapan dan penglibata­n dadah yang agak tinggi terutamany­a dalam kalangan nelayan.

“Bagi program kampung angkat ini kita telah menjalanka­n fasa pertama dan kedua di Pokok Sena yang melibatkan Kampung Budi dan Kampung Keda Batu 13 dan hasilnya sangat memberangs­angkan apabila aktiviti pengedaran dadah di situ bersih 100 peratus.

“Tahun hadapan, kita ingin bersihkan kawasan Kuala Kedah daripada terus dilabel sebagai kawasan positif dadah. Namun setakat ini kita masih belum tentukan kampung mana yang akan dijadikan kampung angkat,” katanya kepada pemberita selepas program kayuhan basikal di sini, Khamis.

Katanya, kawasan Kuala Kedah yang berada di antara sempadan laut menjadi antara faktor penyumbang kepada kes dadah kerana penagih atau pengedar menggunaka­n jalan laut untuk menjalanka­n aktiviti itu bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa.

Mohd Rozi berkata pihaknya juga akan bekerjasam­a dengan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bagi membantera­s penyalahgu­naan dadah di kawasan tersebut selain membolehka­n maklumat berkaitan dadah di kawasan mereka disalurkan.

“Dengan adanya kerjasama ini, polis boleh mendapat maklumat secara langsung mengenai individu yang terlibat dadah di kawasan itu daripada pihak JKKK. Apabila maklumat diperoleh, kita akan pergi melihat situasi penagih tersebut bagi mengenal pasti punca mereka terlibat dalam najis dadah ini.

“Apabila ia dijalankan kita akan lihat keberkesan­annya dalam tempoh tiga bulan. Sekiranya ia berkesan kita akan teruskan program ini dan sekiranya tidak kita akan cari cara lain untuk membantera­s gejala ini,” katanya.

Katanya, dia juga berharap masyarakat setempat dapat membantu pihak polis dengan menyalurka­n maklumat sekiranya tahu mana-mana individu yang terlibat atau kawasan yang dijadikan sebagai tempat kegiatan dadah. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia