Utusan Borneo (Sabah)

LAWATAN KERJA:

-

Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengadakan lawatan kerja ke daerah Kunak, pada Khamis. Ketibaan beliau disambut pemimpin Umno dan komponen Barisan Nasional (BN). Kelihatan Musa diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak, Datuk Nilwan Kabang dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Silam, Mizma Appehdulla­h, disambut pemimpin Umno dan penduduk Kunak setibanya di majlis perasmian Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sri Pangkalan.

KUNAK: Ketua Menteri Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman telah mengadakan lawatan kerja ke daerah Kunak, pada Khamis.

Ketibaan beliau di padang Pekan Kunak menggunaka­n helikopter disambut oleh pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kunak Datuk Nilwan Kabang.

Selain mendengar taklimat pembanguna­n daerah Kunak dan Lahad Datu di bilik mesyuarat Pejabat Pendidikan Daerah Kunak, Musa turut merasmi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Sri Pangkalan dan melawat Mini Estet Sejahtera (Mesej) di Kampung Pangi, Kunak.

Turut serta dalam lawatan itu ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin, Datuk Seri Panglima Raymond Tan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor,MenteriPem­bangunan Luar Bandar Negeri Datuk Seri Panglima Radin Maleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Tan Sri Sukarti Wakiman dan ketua-ketua jabatan negeri dan Persekutua­n.

 ??  ??
 ??  ?? MUSA diiringi oleh Nilwan dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam, Mizma Appehdulla­h (kiri ) setibanya di Pejabat Pendidikan Daerah Kunak.
MUSA diiringi oleh Nilwan dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Silam, Mizma Appehdulla­h (kiri ) setibanya di Pejabat Pendidikan Daerah Kunak.
 ??  ?? MUSA disambut oleh pemimpin Umno bahagian Silam setibanya di padang pekan Kunak.
MUSA disambut oleh pemimpin Umno bahagian Silam setibanya di padang pekan Kunak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia