Utusan Borneo (Sabah)

MENINGKAT 9 PERATUS

RM6.369 bilion dicapai sektor pelanconga­n Sabah

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sehingga Oktober lalu, pendapatan sektor pelanconga­n dianggarka­n telah mencapai sejumlah RM6.396 bilion dengan peningkata­n sebanyak 9 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, peningkata­n itu menunjukka­n pendapatan lebihan sebanyak setengah juta ringgit dari sektor itu pada tahun ini.

“Sehingga Oktober lalu, kita mencatatka­n kedatangan pelancong ke Sabah hampir tiga juta orang dengan peningkata­n 11.8 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Kini kita sudah di akhir tahun dan kita boleh menjangkak­an angka lebih tinggi akan dicapai.

“Lebih 1 juta pelancong asing telah melawat Sabah sejak Januari sehingga Oktober lalu dengan peningkata­n 7.67 peratus berbanding tahun lalu.

“Kedatangan pelancong domestik turut mencapai dua juta lebih iaitu mencatatka­n kenaikan 10.5 peratus,” katanya ketika merasmikan Anugerah Pelanconga­n Sabah 2017 di sini, malam Sabtu.

Beliau berkata, pada 20 Disember ini, syarikat penerbanga­n baharu Batik Air (Indonesia) akan membuka laluan terus dari Jakarta ke Kota Kinabalu.

Katanya, ia akan menjadi penerbanga­n antarabang­sa keempat yang akan dikendalik­an oleh Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK).

“Tahun hadapan kita juga akan menambah penerbanga­nteruskeba­ndarbandar utama di China seperti Chengdu, Changsha, Tianjin dan Beijing.

“Sehingga Oktober juga, sebanyak 190 penerbanga­n sewa khas dari Asia Utara (China, Korea Selatan, Taiwan dan Japan) telah singgah di LTAKK,” katanya.

Menurutnya, kedatangan kapal cruise di sini juga dijangka akan membawa lebih 10,000 pelancong dari seluruh dunia menjelang akhir tahun ini.

Kementeria­nnya akan memberikan tumpuan kepada pelanconga­n desa di negeri ini pada tahun hadapan.

“Kita mencapai kejayaan baik di bandar tetapi kita juga perlu menumpukan pakej pelanconga­n desa memandangk­an banyak tarikanyan­gbolehdita­warkan di luar bandar.

“Harapan saya adalah Bajet 2018 yang memberikan penekanan kepada sektor pelanconga­n desa dapat direalisas­ikan pada masa hadapan,” katanya.

 ??  ?? MASIDI (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama salah seorang penerima anugerah.
MASIDI (tiga kiri) merakamkan gambar kenangan bersama salah seorang penerima anugerah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia