Utusan Borneo (Sabah)

Mayat bayi di tapak pelupusan sampah

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA MARUDU: Mayat seorang bayi perempuan dalam lipatan plastik alas meja ditemukan di tapak pelupusan sampah Jalan Langkon di sini.

Seorang saksi lelaki menemui mayat bayi terbabit kira-kira jam 3 pagi Ahad.

Sebelum kejadian, saksi bersama dua lagi rakannya berada di kawasan berkenaan untuk mencari barangbara­ng terpakai yang boleh dijual.

Ketua Polis Daerah Kota MaruduSupe­rintendanM­ohd Izaan Abdullah berkata, pada awalnya, saksi ternampak satu plastik alas meja di bawah timbunan sampah.

“Selepas membuka lipatan plastik itu, terdapat satu lagi lipatan plastik alas meja di dalamnya.

“Saksi kemudianny­a membuka lipatan plastik itu dan di dalamnya terdapat lipatan tuala berwarna merah.

“Apabila lipatan tuala merah itu dibuka, saksi terkejut melihat sekujur mayat bayi yang tidak lagi bergerak tetapi masih mempunyai uri dan tali pusat,” katanya mengesahka­n kejadian di sini pada Ahad.

Beliau berkata, saksi segera memanggil rakan-rakannya sebelum memaklumka­n penemuan berkenaan kepada polis.

Menurutnya, hasil rakaman percakapan terhadap pemandu dan pekerja lori sampah Majlis Daerah Kota Marudu, mereka tidak menyedari plastik alas meja berkenaan dan tiada suara tangisan bayi kedengaran.

“Mayat terbabit dihantar ke Hospital Kota Marudu dan hasil pemeriksaa­n awal doktor mengesahka­n umur bayi itu sekitar 28 minggu dalam kandungan.

“Tiada sebarang kecederaan fizikal pada bayi dan imbasan X-Ray turut mendapati tiada sebarang kecederaan pada rangka bayi.

“Punca kematian belum dapat dipastikan kerana perlu pemeriksaa­n pakar forensik,” katanya.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan di Hospital Queen Elizabeth (HQE)pada 5 Disember 2017 jam 10 pagi.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? SAKSI menunjukka­n plastik alas meja yang terdapat mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah itu.
SAKSI menunjukka­n plastik alas meja yang terdapat mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia