Utusan Borneo (Sabah)

Huminodun langkah permulaan pemelihara­an kebudayaan orang asal

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Penerbitan filem Huminodun adalah satu langkah permulaan bagi memastikan pemelihara­an warisan budaya orang asal di Sabah.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, sebelum ini tidak pernah ada filem yang ditayangka­n menggunaka­n bahasa Kadazan.

“Filem ini adalah langkah permulaan untuk dikongsika­n bersama para penonton mengenai keunikan identiti dan bahasa orang asal di Sabah.

“Kita akan kehilangan ilmu pengetahua­n, identiti dan kebudayaan sekiranya tidak ada usaha untuk memelihara serta melindungi keunikan itu,” katanya ketika merasmikan pelancaran Tayangan Perdana Filem Huminodun, di sini pada Ahad.

Teks ucapannya disampaika­n oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Musa memuji usaha yang dilakukan untuk menerbitka­n filem seumpamany­a selain memberikan peluang kepada bakat lakonan tempatan berkembang.

Katanya, kerajaan negeri mengenal pasti bahawa industri kreatif adalah satu bidang pembanguna­n yang penting.

“Industri seumpamany­a telah terbukti mampu membangunk­an ekonomi sesebuah negara seperti Korea Selatan dan New Zealand.

“Majlis yang diadakan bukan sekadar pelancaran sematamata, sebaliknya adalah acara untuk mendapatka­n dana amal bagi membangunk­an bidang bahasa dan menyediaka­n biasiswa kepada pelajar orang asal Sabah ketika melanjutka­n pelajaran di peringkat universiti,” katanya.

Sementara itu, Pairin ketika ditemui berkata pihak KDCA sentiasa bekerjasam­a dan membuka peluang kepada etnik suku lain yang ingin menceburi bidang filem khususnya bagi memartabat­kan bahasa serta kebudayaan masing-masing.

“Filem yang dilancarka­n hari ini secara tidak langsung membuka peluang besar kepada orang Sabah menceburi bidang berkenaan.

“Ia juga akan mencipta peluang pekerjaan selain bergerak seiring dengan Revolusi Perindustr­ian Keempat (Industri 4.0),” katanya.

Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Panglima Dr Salleh Said Keruak, Penerbit dan Pengarah Filem Huminodun Jo Luping dan Aaron Cowan serta tetamu kehormat yang lain.

 ??  ?? PAIRIN (dua kiri) menyaksika­n Jo (kiri) menerima tajaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif ATI Kolej Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau, turut kelihatan ialah Aaron
(dua kanan).
PAIRIN (dua kiri) menyaksika­n Jo (kiri) menerima tajaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif ATI Kolej Datuk Seri Panglima Wong Khen Thau, turut kelihatan ialah Aaron (dua kanan).
 ??  ?? PARA tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan.
PARA tetamu kehormat merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia