Utusan Borneo (Sabah)

Pewujudan taman pertanian di Kundasang

Berikutan muka buminya sesuai untuk tumbuhan tanah tinggi

- Oleh DELLROY

TENOM: Taman Pertanian Sabah (TPS) bakal mewujudkan satu cawangan taman pertanian tumbuhan tanah tinggi di Kundasang, Ranau yang pertama di negeri ini pada tahun depan.

Pengarah Jabatan Pertanian Sabah Datuk Idrus Sahfie berkata, pewujudan taman pertanian tumbuhan tanah tinggi di daerah berkenaan adalah kerana keadaan bentuk muka buminya yang sesuai untuk tumbuhan sedemikian berbanding daerah lain di negeri ini.

“Ini merupakan satu lagi produk pelanconga­n yang baharu kepada para pelancong luar dan dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ‘Baa ke taman kita’ di TPS Lagud Sebarang di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak TPS bersedia membantu menarik kedatangan lebih ramai pelancong luar dan dalam negara sempena Tahun Melawat Keningau 2018 dan Tahun Melawat Tenom 2019.

“Sebagai contoh, TPS Lagud Seberang sememangny­a telah terkenal sebagai pusat pelanconga­n di negeri ini yang mempunyai beribu-ribu jenis tumbuhan bunga dan pokok yang jarang ditemui tempat lain serta dilengkapi pelbagai kemudahan riadah,” katanya.

Idrus berkata, dalam merancakka­n lagi kedatangan pelancong, pengamal media dan penggiat industri pelanconga­n yang ada di negeri ini perlu memperbany­akkan lagi usaha dalam mempromosi­kan tempat pelanconga­n yang ada di TPS berikutan jumlah pendapatan negeri melalui kedatangan sektor pelanconga­n yang semakin meningkat.

Pada program itu turut dilancarka­n buku Inventori Tumbuhan Taman Pertanian Sabah Edisi Pertama 2017 yang mengandung­i 1,088 rekod tumbuhan di TPS Lagud Seberang.

Hadir sama di majlis itu, Pegawai Daerah Tenom Madiyem Layapan, Pengarah Kanan Domestik dan Pengurusan Program Kementeria­n Pelanconga­n Dato Ammar Ghapar dan para pegawai Jabatan Pertanian Sabah.

 ??  ?? IDRUS bersama tetamu lain mengabadik­an gambar kenangan sambil memegang sepanduk #SayangMala­ysia.
IDRUS bersama tetamu lain mengabadik­an gambar kenangan sambil memegang sepanduk #SayangMala­ysia.
 ??  ?? IDRUS melihat buku inventori selepas melancarka­nnya.
IDRUS melihat buku inventori selepas melancarka­nnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia