Utusan Borneo (Sabah)

Polis tahan tiga wanita terlibat pelacuran

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Tiga wanita ditahan membabitka­n dua warga tempatan dan seorang warga Filipina dipercayai terlibat dengan kegiatan pelacuran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Sabah Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata, tangkapan dibuat di sebuah premis urut di Pekan Donggongon di sini.

Menurutnya, ketiga-tiga wanita terbabit berumur dalam lingkungan 17 hingga 44 tahun dan ditahan kira-kira jam 4 pagi Ahad.

“Selain itu, dua lelaki tempatan dipercayai pelanggan berumur 20 dan 29 tahun turut diperiksa.

“Turut dirampas wang tunai berjumlah RM51, tiga keping kondom termasuk satu yang sudah digunakan,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi satu tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya sekali.

Pihaknya juga membuat siasatan mengikut Seksyen 4 Ordinan Hiburan Awam 1958 kerana menjalanka­n perniagaan hiburan melebihi masa yang ditetapkan.

Jika didapati bersalah jelasnya, akan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Salehhudin berkata, siasatan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti dan mengambil tindakan keatas dalang dalam kegiatan terbabit.

Dalam pada itu, operasi berkenaan melibatkan sepasukan pegawai dan anggota polis dari Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Kontinjen Sabah dan dibantu oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia