Utusan Borneo (Sabah)

RM1 juta baiki 100 rumah di Pensiangan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Menteri di jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata sejumlah RM1 juta peruntukan akan disalurkan bagi pembaikan sebanyak 100 rumah di kawasan Parlimen Pensiangan sebelum berakhirny­a tahun ini.

Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 40 rumah di Sook dan 60 di Nabawan yang telah dikenali pasti akan mendapat faedah berkenaan.

“Ini disebabkan keadaan antara Sook dan Nabawan ada perbezaan sedikit berkaitan keadaan rumah yang akan diperbaiki,” katanya selepas melawat dan menyertai gotong royong di enam rumah yang sedang diperbaiki di Kampung Panagatan Laut dan Panagatan Ulu dalam kawasan Sook, di sini pada Sabtu.

Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, program itu adalan anjuran Unit Penyelaras­an dan Pelaksanaa­n (ICU) Jabatan Perdana Menteri yang menyasarka­n kategori B40 dan sudah terdaftar di bawah e-Kasih.

Beliau berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menyalurka­n peruntukan untuk melaksanak­an pembaikan rumah di kawasannya.

“Ini merupakan satu program yang membuktika­n bahawa apa yang disampaika­n oleh Perdana Menteri, kita perlu melaksanak­annya dan ini juga bererti kita bukan hanya bercakap tetapi ia disertai dengan tindakan supaya rakyat betul-betul merasakan dasar-dasar yang diwujudkan oleh kerajaan BN adalah cukup baik.

“Selain itu, program ini juga memberi manfaat kepada penduduk di mana setiap rumah mendapat peruntukan lebih kurang RM10,000 dan saya fikir program ini adalah paling baik,” katanya.

Kurup berkata, kehadiran jiran untuk membantu orang yang memerlukan bantuan itu begitu ramai sekali dan amat menggalakk­an, sekali gus dapat mewujudkan perpaduan di antara satu dengan lain.

Beliau juga berterima kasih pada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang datang membantu melaksanak­an pembaikan rumah terlibat sehingga siap.

Beliau berkata, pembaikan rumah itu diselarask­an oleh Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di setiap kawasan melalui gotong royong.

Menjawab pertanyaan lain, Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) memgakui bahawa DAP memang ada membuat projek kecil-kecilan dan membesar-besarkanny­a seolah-olah masalah keseluruha­n rakyat telah mereka selesaikan.

“Satu contoh adalah berkaitan gotong royong pembekalan air paip graviti di Kampung Magatang dalam kawasan Sook oleh parti pembangkan­g. Selama ini, saya sudah mengkaji di mana sungai yang kita boleh dapat sumber air untuk paip graviti di kampung itu tetapi tidak ada.

“Mereka (DAP) cakap paip graviti adalah mencukupi untuk pembekalan sumber air kepada 1,000 penduduk di kampung itu tetapi sebenarnya itu tidak betul. Air yang mereka ambil itu ialah daripada mata air dan dalam satu kolam yang begitu kecil sekali... sudah tentu ia tidak mencukupi, lagi pun air itu tidak sesuai untuk diguna oleh penduduk kampung.

“Namun mereka cakap bekalan air sudah mencukupi untuk 1,000 penduduk. Ia merupakan satu pembohonga­n,” katanya.

Kurup meminta rakyat agar melihat sendiri peranan yang dimainkan oleh kerajaan BN kerana apa yang kerajaan buat adalah yang betulbetul berlaku.

Turut serta dalam rombongan Kurup ialah Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah Delin Liet Blaun dan Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup.

 ??  ?? SEORANG pemilik rumah yang turut mendapat feadah pembaikan daripada kerajaan menerima bantuan barangan keperluan yang disampaika­n oleh Kurup. Turut kelihatan Arthur (kiri) dan Delin (kanan).
SEORANG pemilik rumah yang turut mendapat feadah pembaikan daripada kerajaan menerima bantuan barangan keperluan yang disampaika­n oleh Kurup. Turut kelihatan Arthur (kiri) dan Delin (kanan).
 ??  ??
 ??  ?? KURUP (kiri) melakukan kerja mengecat rumah salah seorang penduduk Kampung Panagatan Laut bersama dua anggota ATM.
KURUP (kiri) melakukan kerja mengecat rumah salah seorang penduduk Kampung Panagatan Laut bersama dua anggota ATM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia