Utusan Borneo (Sabah)

Jangan manjakan anak guna gajet

Azizah harap semua pihak bersama jayakan kempen ‘Masa Tanpa Gajet’

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS AZIZAH merasmikan sambutan Karnival BKK1M 2017 dengan kempen Masa Tanpa Gajet di Kg Limbawang.

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun mengingatk­an ibu bapa supaya tidak memanjakan anak mereka menggunaka­n gajet sejak kecil.

Katanya, ia kerana gajet seperti telefon bimbit, tablet, iPad termasuk televisyen bukanlah pengasuh kedua untuk anak-anak, sebaliknya berkomunik­asi dan bersemuka adalah kaedah terbaik mendidik anak.

Kajian Penduduk dan Keluarga Masyarakat Kelima (KPKM-5 2014) Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) menunjukka­n medium komunikasi remaja dengan ibu bapa adalah melalui telefon (73 peratus), pesanan ringkas (54.6 peratus) dan media sosial (15.6 peratus).

Sebab itu, kementeria­n memperkena­lkan kempen ‘Masa Tanpa Gajet’ sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) bagi mendidik masyarakat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.

“Justeru, kita berharap semua anggota masyarakat bersama-sama menjayakan kempen ini termasuk Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan pimpinan di peringkat akar umbi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Karnival BKK1M 2017 peringkat negeri Sabah di Dewan Kg Limbawang, di sini pada Sabtu. Hadir sama, Ketua Pengarah LPPKN Dato Dr Siti Norlasiah Ismail.

Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufort berkata, institusi keluarga di negara ini mendepani cabaran besar ke arah membina generasi Malaysia yang progresif, seiring keperluan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya, penerapan nilai murni merupakan elemen penting dalam proses pembentuka­n jati diri anakanak.

“Pengukuhan institusi kekeluarga­an dan pembanguna­n anak-anak ini selaras dengan fokus kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) untuk memperkasa komuniti serta membina masyarakat produktif,” katanya.

Untuk itu, katanya, pelbagai inisiatif kekeluarga­an perlu dipertingk­atkan untuk memupuk kemahiran keibubapaa­n serta nilai kekeluarga­an, demi membangunk­an modal insan serta kepimpinan masa depan yang dinamik.

 ??  ??
 ??  ?? AZIZAH menyampaik­an hadiah basikal kepada pemenang cabutan tiket bertuah.
AZIZAH menyampaik­an hadiah basikal kepada pemenang cabutan tiket bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia