Utusan Borneo (Sabah)

100 rumah di Parlimen Sepanggar terima bantuan baik pulih

-

KOTA KINABALU: Seratus rumah di Parlimen Sepanggar menerima bantuan baik pulih dengan kos RM10,000 bagi setiap rumah.

Bantuan disediakan oleh Pejabat Pembanguna­n Negeri Sabah (PPNS) itu adalah antara 12 kawasan Parlimen yang menerima peruntukan sama.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata penerima terdiri daripada rakyat yang berdaftar dengan program e-Kasih.

“Kita menapis penerima bantuan ini melalui mereka yang berdaftar dalam program e-Kasih dan juga mereka yang dikategori­kan sebagai miskin tegar.

“Kita maklum bahawa masih ramai yang mungkin memerlukan bantuan ini tetapi buat masa ini, kita berikan kepada yang sangat memerlukan­nya,” katanya ketika ditemui media pada perasmian Program Baik Pulih Rumah di Bawah Program Touch Point di Kg Rampayan, Manggatal pada Sabtu.

Tambahnya, terdapat juga antara mereka yang memang menerima bantuan kebajikan secara bulanan sebagai satu bentuk bantuan untuk meringanka­n lagi beban mereka.

Program baik pulih yang dilaksana berkonsepk­an gotong royong oleh penduduk kampung bergantung pada kerosakan yang dialami pemilik rumah seperti kerosakan lantai, siling, dapur, tangga dan beranda.

Dalam pada itu, bagi rumah penduduk kawasan Sepanggar yang terpilih untuk program berkenaan dijangka selesai pada akhir Disember ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia