Utusan Borneo (Sabah)

Pupuk lima nilai dengan akronim KASIH

-

BEAUFORT: Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) mahu lima nilai dengan akronim KASIH diterapkan dalam kehidupan setiap keluarga selaras dengan usaha membentuk keluarga bahagia.

Ketua Pengarah LPPKN Dato Dr Siti Norlasiah Ismail berkata lima nilai KASIH itu merangkumi kasih sayang, akhlak, sihat dan selamat, serta berilmu dan harmoni.

“Nilai-nilai ini amat penting diterapkan dalam kalangan ahli keluarga, bagi memastikan kefungsian dan pengukuhan institusi keluarga sebagai pusat pendidikan awal membentuk sebuah tamadun.

“Nilai ini sentiasa dijadikan panduan oleh kementeria­n melalui LPPKN dalam pelaksanaa­n setiap programnya, termasuk sambutan kekeluarga­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Karnival BKK1M 2017 peringkat negeri Sabah di Dewan Kg Limbawang, di sini pada Sabtu. Sambutan itu dirasmikan Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Hajah Azizah Mohd Dun.

Norlasiah berkata, sambutan BKK1M itu diisytihar­kan sejak tahun 2012 sebagai komitmen berterusan kerajaan memastikan institusi keluarga terus kukuh, sekali gus memanfaatk­an keluarga dan negara.

Katanya, kerajaan berharap produktivi­ti dan mutu kerja rakyat berada pada tahap terbaik serta bahagia, sejahtera dan berkualiti.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat pada keseluruha­nnya bersamasam­a menjayaka program yang digariskan menerusi BKK1M demi manfaat bersama.

-Oleh KENNEDDY CORLLEUS

 ??  ?? NORLASIAH (tiga kanan) mengiringi Azizah (dua kanan) melawat pameran yang diadakan sempena BKK1M di Kg Limbawang.
NORLASIAH (tiga kanan) mengiringi Azizah (dua kanan) melawat pameran yang diadakan sempena BKK1M di Kg Limbawang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia