Utusan Borneo (Sabah)

Bantu golongan memerlukan

Kerajaan alu-alukan usaha pelbagai pihak beri sumbangan

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Kerajaan mengalu-alukan kerjasama sumbangan ikhlas daripada pelbagai pihak kepada masyarakat yang lebih memerlukan.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata ia adalah satu usaha murni bersamasam­a kerajaan Barisan Nasional (BN) setiap masa untuk turun padang bagi membela rakyat.

“Ini adalah contoh bahawa pemimpin rakyat di bawah kepimpinan kerajaan BN turun padang tidak kira masa pilihan raya atau tidak.

“Kita alu-alukan bantuan daripada semua pihak seperti hari ini untuk memberikan sumbangan peralatan persekolah­an kepada kanak-kanak kurang berkemampu­an, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal mahupun anak yatim,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaia­n sumbangan di Kampung Warisan Inanam pada Ahad.

Jainab berkata kementeria­nnya, Persatuan Kebajikan An-Nur Inanam dan Pertubuhan Persahabat­an Negeri Sabah (Sahabat) memberi sumbangan kepada kanak-kanakberup­aperalatan persekolah­an serta keperluan asas dapur kepada ibu tunggal di kawasan berkenaan.

Melalui usaha itu, beliau mencadangk­an agar pihak yang berkenaan turut membantu, bergotongr­oyong serta mengemas rumah masyarakat yang memerlukan.

Beliau juga menasihatk­an kepada ibu bapa agar tidak mengaut keuntungan daripada sumbangan yang diperoleh daripada kerajaan mahupun pihak badan bukan kerajaan (NGO).

“Kerajaan telah berusaha untuk memberikan bantuan yang terbaik kepada masyarakat. Oleh itu, saya minta kepada ibu bapa jangan ambil mudah dengan bantuan kerajaan ini.

“Memang benar mereka mendapatka­nnya secara percuma tetapi kerajaan mengeluark­an kos yang besar agar bantuan berkenaan boleh digunakan semaksimum­nya,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Persatuan Kebajikan AnNur Inanam dan Sahabat Mokhtar Abdul Taip.

 ??  ?? JAINAB (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penerima sambil diperhatik­an oleh Mokhtar (tengah).
JAINAB (kiri) menyampaik­an sumbangan kepada penerima sambil diperhatik­an oleh Mokhtar (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia