Utusan Borneo (Sabah)

Sumbangan mampu kurangkan beban

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Sumbangan ikhlas mampu meringanka­n beban kepada penerima terutamany­a bagi anak-anak yatim, kanak-kanak kurang berkemampu­an, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal.

Salah seorang anak yatim di Kampung Warisan, Mohd Rizuan Shah, 13, berasa sangat gembira apabila diberitahu oleh datuknya berkenaan sumbangan yang akan diterimany­a.

“Saya diberitahu mengenai sumbangan ini oleh datuk saya ketika di rumah.

“Saya sangat gembira menerima sumbangan daripada kerajaan kerana mengurangk­an beban datuk dan nenek pada tahun hadapan untuk membeli barangan sekolah kami adik-beradik,” katanya kepada pemberita pada majlis penyampaia­n sumbangan di Kampung Warisan Inanam pada Ahad.

Rizuan yang telah kehilangan bapanya sejak kecil lagi kini dijaga oleh datuk dan neneknya.

Katanya ibu mereka pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan bagi menyara empat adiknya yang lain.

Abangnya Mohd Raziman Shah, 14, yang juga bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Inanam turut bersyukur atas apa yang mereka peroleh.

Katanya datuk dan nenek mereka menyara mereka untuk terus menimba ilmu.

“Saya berterima kasih juga kepada datuk dan nenek kerana memberikan peluang untuk bersekolah sehingga sekarang.

“Begitu juga dengan pihak yang memberi sumbangan seperti peralatan sekolah ini yang mampu meringanka­n beban datuk dan nenek,” katanya.

Mohd Taufik Nazri, 14, salah seorang pelajar yang berasal dari keluarga kurang berkemampu­an, turut bersyukur atas sumbangan berkenaan.

Katanya dia tidak akan sia-siakan sumbangan itu dan akan terus berusaha untuk mendapatka­n pendidikan sebaik mungkin serta menggapai cita-cita untuk menjadi seorang polis.

Jelasnya kedua orang tuanya tidak bekerja dan abangnya pula membantu keluarga untuk menyara kehidupan mereka.

“Abang bekerja di salah sebuah hotel agar kami dapat terus bersekolah,” jelasnya.

Sementara itu, ibu tunggal Nuraini Hamid, 79, berkata sumbangan keperluan harian seperti beras seumpamany­a mampu membantu beliau menyara cucunya.

Katanya, anak-anak tidak lagi tinggal dengannya selepas masing-masing mendirikan rumah tangga.

“Kebiasaann­ya saya dan cucu yang lain sama-sama mencari nafkah. Dengan bantuanini­dapatmerin­gankan lagi beban kami sekeluarga,” jelasnya.

Beliau berharap sebagai seorang ibu tunggal dan warga emas, dia akan mendapat bantuan lain daripada manamana pihak.

 ??  ?? RIZUAN dan Raziman ketika ditemubual oleh pemberita.
RIZUAN dan Raziman ketika ditemubual oleh pemberita.
 ??  ?? TAUFIK
TAUFIK
 ??  ?? NURAINI
NURAINI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia