Utusan Borneo (Sabah)

Kemajuan melalui dasar inklusif

Najib mahu masyarakat India terus beri kepercayaa­n kepada BN

-

KUALA LUMPUR: Masyarakat India perlu bersatu dan memberi mandat yang lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 bagi membolehka­n segala usaha pembanguna­n untuk mereka dapat diteruskan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga mahu masyarakat India terus memberi kepercayaa­n kepada kepimpinan beliau dan BN untuk membina masa depan yang terjamin bagi masyarakat itu.

“Semua orang boleh cakap, tapi siapa yang boleh buat untuk orang India.

“Siapa yang mempunyai perancanga­n dan program yang sudah kita laksanakan dan kami akan terus melaksanak­annya bagi kaum India, kalau tidak lain tidak bukan kerajaan BN,” katanya semasa merasmikan Perhimpuna­n Agung Tahunan ke-9 Persatuan Makkal Sakti Malaysia di sini, pada Ahad.

Sejak menjadi Perdana Menteri, Najib berkata pelbagai usaha dilakukan untuk kesejahter­aan masyarakat itu antaranya Pelan Tindakan Masyarakat India yang dilancar awal tahun ini untuk meningkatk­an sosio ekonomi mereka selain pemberian dana terbesar hampir RM1 bilion untuk pembanguna­n sekolah rendah jenis kebangsaan Tamil.

“Dalam BN kita ada satu pendekatan, yakni mahu BN disokong oleh setiap kelompok masyarakat sama ada besar ataupun kecil. Kita amal dasar bahawa Malaysia boleh maju kalau kita amalkan dasar inklusif,” kata Najib.

Perdana menteri berkata masyarakat India harus menolak parti pembangkan­g yang hanya menabur politik kebencian dan janji kosong.

“Pembangkan­g mengamalka­n politik kebencian, nak jatuhkan kerajaan, tetapi kita percaya dalam politik yang membina masa depan lebih baik kepada semua rakyat Malaysia.

“Sebab itu kita mesti beri keyakinan kepada pihak yang boleh buat sesuatu dan bukannya bergantung kepada cakap-cakap dan janji-janji sahaja. Kita sebagai kerajaan BN... kita telah melaksanak­an dan akan terus melaksanak­an,” katanya.

Perdana Menteri berkata beliau yakin mandat yang lebih besar akan menyumbang kepada kestabilan politik dalam negara dan pada masa yang sama mengurangk­an risiko geopolitik.

Dalam pada itu, Najib berkata pertumbuha­n ekonomi sebanyak 6.2 peratus pada suku ketiga tahun ini dan pengukuhan kedudukan Ringgit juga menunjukka­n keyakinan orang ramai terhadap pengurusan ekonomi negara semakin meningkat.

Katanya Malaysia hari ini juga telah mendapat pengiktira­fan agensi penarafan antarabang­sa seperti Forum Ekonomi Dunia dan laporan terbaharun­ya meletakkan Malaysia sebagai negara ke-23 paling kompetitif di dunia.

“Inilah yang kita mesti pilih. Kita pilih kerajaan yang boleh jamin masa depan kita. Kita nak mandat yang lebih besar kepada BN sebab kita nak bina masa depan yang lebih baik untuk Malaysia,” katanya.

Turut hadir pada perhimpuna­n itu Presiden Makkal Sakti Datuk Seri R.S Thanenthir­an, barisan kepimpinan parti serta 2,100 anggota parti. - Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? NAJIB bersalaman bersama perwakilan yang hadir pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 Parti Makkal Sakti Malaysia di Dewan Tun Abdul Razak Menara Kembar Bank Rakyat pada Ahad.
- Gambar BERNAMA NAJIB bersalaman bersama perwakilan yang hadir pada Majlis Mesyuarat Agung Tahunan Ke-9 Parti Makkal Sakti Malaysia di Dewan Tun Abdul Razak Menara Kembar Bank Rakyat pada Ahad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia