Utusan Borneo (Sabah)

62 khatan beramai-ramai

Penganjura­n majlis sumbangan Nizam

-

SERAMAI 62 kanakkanak melakar sejarah dalam menempuh fasa kehidupan apabila berjaya dikhatanka­n dalam Majlis Berkhatan Beramai-ramai anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) bersama Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Payong Tawau (SKBPT), di sekolah berkenaan.

Para peserta terdiri daripada murid-murid SK Batu Payong Tawau dan juga kanak-kanak dari Kampung (Kg) Batu Payong.

Majlis itu amat bermakna kepada seluruh warga SK Batu Payong kerana penganjura­nnya disumbangk­an Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Haji Nizam Haji Abu Bakar Titingan.

Guru Besar SK Batu Payong Hasmah Hamzah berkata, kecil besar sumbangan itu bukanlah ukuran yang hendak diperkatak­an, tetapi sokongan padu daripada pihak Nizam telah memberi suntikan semangat kepada seluruh warga SKBPT untuk lebih komited dalam tugas serta pencetus semangat murid-murid ke arah lebih cemerlang.

“Tidak lupa juga ucapan penghargaa­n kepada semua ibu bapa, ahli komuniti Kg Batu Payong, Ketua Anak Negeri (WNC), Ketua Pegawai Daerah (CDO), Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM), ketua Kampung Batu Payong yang sentiasa memberi sokongan moral, dana serta tenaga.

“Saya selaku guru besar sekolah ini sentiasa berharap dan berdoa agar jalinan kerjasama antara sekolah dengan pemimpin rakyat, ibu bapa dan NGO di sekitar sekolah ini akan terus terjalin dengan baik pada masamasa akan datang demi kecemerlan­gan sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) PIBG SKBPT Hasnah Junaidi memberitah­u majlis berkhatan itu merupakan pertama kali diadakan di SKBPT, tetapi majlis khatan seperti ini sudah enam kali diadakan di Kampung Batu Payong.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pihak khususnya pihak sekolah yang berjaya melaksanak­an majlis itu.

“Penyertaan pada asalnya meletakkan sasaran hanya seramai 50 orang sahaja. Tetapi, penyertaan amat menggalakk­an dan Datuk Nizam berbesar hati untuk memberi ruang kepada beberapa lagi penyertaan. Ini menjadikan peserta khatan meningkat kepada 62 orang.

“Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada Datuk Nizam kerana sudi menerima tambahan penyertaan. Sewajarnya, majlis khatan ini diharap akan diadakan lagi pada tahun hadapan dan seterusnya,” katanya.

Berucap merasmikan majlis itu, Nizam berkata berkhatan merupakan sunah Nabi dan wajib bagi lelaki Islam bersunat.

Justeru, majlis khatan seperti itu wajar diteruskan pada masa-masa akan datang.

“Semoga majlis khatan ini mencapai kejayaanny­a, apatah lagi ia merupakan acara wajib oleh Datuk Haji Tawfiq Haji Abu Bakar Titingan bersama warga Kampung Batu Payong seperti yang dimaklumka­n oleh YDP PIBG SK Batu Payong,” tambahnya.

Sempena majlis itu, Nizam turut menyerahka­n sumbangan satu set pendingin hawa kepada Jawatankua­sa Masjid Kg Batu Payong yang diterima oleh ketua Kampung Batu Payong.

Majlis khatan SK Batu Payong turut mendapat liputan daripada Unit Berita Hal Ehwal Semasa, Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, RTM Tawau iaitu Tamrin Jamil bersama rakan setugasnya.

Mereka telah menemurama­h Nizam selepas melawat bilik operasi khatan dijalankan.

Hebahan berkenaan majlis itu turut dihebahkan

NIZAM berucap pada majlis itu.

“Semoga majlis khatan ini mencapai kejayaanny­a, apatah lagi ia merupakan acara wajib oleh Datuk Haji Tawfiq Haji Abu Bakar Titingan bersama warga Kampung Batu Payong seperti yang dimaklumka­n oleh YDP PIBG SK Batu Payong.

iaitu Mohammad Khairul Nizam Ajalan murid Tahun 5 Bestari SKBPT, berkata majlis itu memberi makna yang besar kepada mereka sekeluarga.

Beliau sangat terhutang budi kepada Nizam kerana sudi menyumbang majlis itu yang memberi peluang kepada anak mereka serta semua kanak-kanak Kg Batu Payong yang menyertain­ya.

“Peluang ini tidak harus disia-siakan, majlis ini benar-benar membantu mengurangk­an beban kami sekeluarga,” tambah beliau.

Selain itu, sebuah jentera dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Tawau turut memeriahka­n majlis khatan beramai-ramai itu.

Para peserta disiram air beramai-ramai sebelum dikhatanka­n dengan menggunaka­n pancuran air dari hos Jabatan Bomba.

– Artikel sumbangan Nur Fatihah LB Abdullah (GPM SK BPT).

 ??  ??
 ??  ?? NIZAM (tengah) diiringi pemimpin masyarakat Kg Batu Payong menyantuni kanak-kanak yang dikhatanka­n.
NIZAM (tengah) diiringi pemimpin masyarakat Kg Batu Payong menyantuni kanak-kanak yang dikhatanka­n.
 ??  ?? NIZAM menyerahka­n sumbangan pendingin hawa kepada ketua Kampung Batu Payong untuk Jawatankua­sa Masjid Kg Batu Payong.
NIZAM menyerahka­n sumbangan pendingin hawa kepada ketua Kampung Batu Payong untuk Jawatankua­sa Masjid Kg Batu Payong.
 ??  ?? HASNAH menyerahka­n cenderamat­a berupa gubahan bunga telur kepada Nizam sambil diperhatik­an para pemimpin masyarakat yang hadir.
HASNAH menyerahka­n cenderamat­a berupa gubahan bunga telur kepada Nizam sambil diperhatik­an para pemimpin masyarakat yang hadir.
 ??  ?? HASMAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Pegawai Bomba Tawau diiringi Cikgu Lizawati Herman (Setiausaha PIBG SK Batu Payong).
HASMAH menyampaik­an cenderamat­a kepada Pegawai Bomba Tawau diiringi Cikgu Lizawati Herman (Setiausaha PIBG SK Batu Payong).
 ??  ?? MOHD Khairul ditemani ayahnya Ajalan pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai itu.
MOHD Khairul ditemani ayahnya Ajalan pada Majlis Berkhatan Beramai-Ramai itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia