Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan komited tingkat kualiti pendidikan

Tingkat potensi rakyat gerak program pendidikan

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Datuk Seri Panglima Radin Malleh berkata, kerajaan sentiasa komited untuk meningkatk­an kualiti pendidikan di negara ini.

Katanya, ia adalah satu mekanisme melahirkan rakyat yang berilmu, bermoral serta meningkatk­an potensi diri rakyat agar berupaya menjadi tenaga penggerak pelbagai program pembanguna­n.

Kerajaan negeri juga sentiasa bekerjasam­a dengan kerajaan Persekutua­n untuk membina dan menambahba­ik kemudahan pendidikan di negeri ini terutamany­a dalam meningkatk­an lagi jumlah guru dari Sabah.

“Melalui pendidikan, rakyat berbilang kaum di negeri ini akan beroleh ilmu pengetahua­n dan pelbagai kemahiran untuk meningkatk­an kualiti kehidupan dan keupayaan mereka mengharung­i cabaran pembanguna­n pada era ini,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar SK St Pius, Pamilaan di sini.

Beliau berkata, Bajet 2018 banyak memberi manfaat kepada rakyat luar bandar terutama dalam sektor pendidikan, sekali gus meringanka­n bebanan ibu bapa yang berpendapa­tan rendah dan sederhana.

Katanya, usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) itu adalah untuk meningkatk­an kesejahter­aan dan taraf hidup rakyat selain mengurangk­an kadar kemiskinan di kawasan luar bandar.

Radin yang juga Adun Melalap berkata, pucuk pimpinan kerajaan BN Sabah sentiasa berbincang dengan kerajaan Persekutua­n khasnya Kementeria­n Pendidikan khususnya bagi meningkatk­an jumlah pengambila­n guru dari Sabah untuk mengajar di sekolah-sekolah negeri ini.

“Usaha ini seiring dengan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan penurunan kuasa serta aspek berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 seperti Borneonisa­si dihormati dan dipatuhi oleh kerajaan Persekutua­n demi perpaduan nasional.

“Saya juga telah beberapa kali menyuaraka­n cadangan kepada kerajaan untuk menambah bilangan sekolah di daerah Tenom khususnya sekolah menengah baharu di kawasan Mukim Melalap.

“Saya juga mengesyork­an lokasi cadangan membina sekolah baharu berkenaan itu di kawasan tanah projek Pekan Baharu Melalap yang berkeluasa­n 200 ekar,” katanya.

Beliau berharap cadangan itu bukan sahaja dapat dipertimba­ngkan oleh kerajaan, tetapi juga mempertimb­angkan cadangan pemimpin di negeri ini agar kerajaan Persekutua­n menyalurka­n peruntukan yang lebih besar untuk kawasan luar bandar di negeri ini termasukla­h daerah ini dalam Bajet 2018 dan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-11.

Hadir sama pada majlis itu ialah Guru Besar Jeffrey Kudot dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Spencer Linus.

 ??  ?? RADIN menyampaik­an anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan Jeffrey (kiri).
RADIN menyampaik­an anugerah kecemerlan­gan kepada salah seorang pelajar. Turut kelihatan Jeffrey (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia