Utusan Borneo (Sabah)

Banjir: Anggota tentera sedia ditambah di Kelantan, Terengganu

-

JITRA: Kementeria­n Pertahanan bersedia menambah anggota tentera dalam misi banjir di Kelantan dan Terengganu sekiranya keadaan bencana itu semakin buruk.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd Johari Baharom berkata sehingga kini 2,500 anggota dari Briged 8 berada di lapangan termasuk di pusat pemindahan banjir di kedua-dua negeri berkenaan.

“Sekarang kita dah ada lebih 2,000 anggota yang lengkap dengan aset menyelamat dan jika ada keperluan atau keadaan menjadi buruk kita akan tambah lagi dan itu tidak menjadi masalah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Kedah Drift Challenge” di Tapak Pasar Malam Taman Sri Aman, di sini, pada Ahad.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Shariff.

Mohd Johari turut mengingatk­an orang ramai terjejas banjir supaya memberi kerjasama sepenuhnya kepada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang turun membantu memindakan mereka ke pusat pemindahan dan tidak menunggu di saat-saat akhir untuk berbuat demikian.

“Kesukaran anggota kita ialah sikap orang ramai tidak mengendahk­an arahan apabila diminta berpindah kerana mereka suka tunggu saat-saat akhir. Kita tidak mahu membahayak­an anggota kita sebab arahan itu dibuat pihak berwajib dan mesti dipatuhi...saya nak semua pihak memberi kerjasama dalam hal ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Johari yang juga Anggota Parlimen Kubang Pasu berkata tapak pasar itu akan dijadikan lokasi kekal bagi acara sukan drift di daerah ini.

Katanya, beliau akan memohon peruntukan daripada Kementeria­n Belia dan Sukan untuk menaik taraf tapak pasar malam berkenaan supaya lebih selamat dan sesuai untuk diadakan sukan lasak itu pada masa akan datang.

“Saya juga nak jadikan program ini sebagai acara tahunan di Kubang Pasu. Saya sudah berbincang dengan Pegawai Daerah untuk kita lihat semula pelan tapak ini agar lebih selamat kepada pemandu dan penonton yang menyaksika­nnya.

“Tujuan kita adalah untuk memperkena­lkan lagi sukan drift selain melahirkan lebih ramai anak muda membabitka­n diri dalam sukan berkenaan dan tidak terlibat dengan kegiatan lumba haram atau gejala sosial,” katanya.

 ??  ?? JOHARI (belakang enam, kanan) bergambar bersama sebahagian peserta pada program Perasmian ‘Kedah Drift Challenge’ di Tapak Pasar Malam Taman Sri Aman pada Ahad. -Gambar Bernama
JOHARI (belakang enam, kanan) bergambar bersama sebahagian peserta pada program Perasmian ‘Kedah Drift Challenge’ di Tapak Pasar Malam Taman Sri Aman pada Ahad. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia