Utusan Borneo (Sabah)

Berunding ikut lunas undang-undang, Perlembaga­an

-

KUCHING: Sarawak hanya akan berunding mengikut undang undang dan Perlembaga­an mengenai haknya di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), bukan melayan perdebatan yang dianggap tidak mendatangk­an faedah.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, malah rundingan bersama kerajaan persekutua­n selama ini mendapat persetujua­n daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjanjika­n bahawa hak Sarawak akan dipulangka­n.

“Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana mahu berunding dengan kita dan beliau telah beberapa kali menyatakan bahawa apa yang dimiliki Sarawak adalah hak Sarawak dan akan diberi kepada Sarawak.

“Namun, ada juga seorang individu tiba-tiba mahu berdebat dengan saya, itu hal beliau... tapi bagi Sarawak, kita ada hak untuk berunding.

“Untuk apa berdebat dengannya, ia seolah-olah macam kerenah anak kecil (kebudak-budakan)... kita Sarawak ada maruah dan ada cara untuk kita berunding dengan orang,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon 1 Kuching di Pusat Konvensyen Penview di sini, pada Sabtu.

Abang Johari yang juga Presiden PBB menegaskan, banyak perkara dicapai Sarawak melalui rundingan dalam usaha mendapatka­n haknya termasuk Empangan Bakun daripada kerajaan Persekutua­n.

Beliau berkata, selama ini Sarawak telah berunding dengan Perdana Menteri dan ia dipersetuj­ui atas semangat dalam satu barisan.

“Dalam rangka Barisan Nasional (BN) kita berunding, masih banyak perkara yang harus kita rundingkan dan inilah apa yang kita dalam PBB laksanakan kerana saya percaya pemimpin PBB semuanya pintar boleh berunding.

“Saya berterus terang, saya bukan tidak mahu berdebat kerana saya lemah, tetapi saya melihat ia tidak berfaedah, seperti kata bekas Ketua Menteri arwah Pehin Sri Tok Nan (Adenan Satem), semalam kita dalam Malaysia, hari ini kita dalam Malaysia, esok dan selamanya kita dalam Malaysia,” kata Abang Johari.

Namun, katanya, apa yang penting Sarawak tetap akan dijaga dan diperjuang­kan haknya yang terhakis di bawah MA63.

“Saya meneruskan usaha Tok Nan kerana kita telah sepakat untuk mendapatka­n hak Sarawak, maka kita berunding dan bagi menguatkan lagi usaha itu, kita menghantar pasukan peguam ke London.

“Ia bukan sahaja untuk menyemak MA63, tetapi hak-hak Sarawak yang telah diuruskan kerajaan kolonial pada ketika itu, yang mana semua dokumen telah dibawa ke London,” ujarnya.

Abang Johari memberitah­u, apabila disemak terdapat banyak keputusan kerajaan British memihak kepada hak-hak yang harus diberi kepada orang Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia