Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan negeri mahu lahir ramai modal insan, tenaga kerja mahir

-

KUCHING: Kerajaan negeri mahu melahirkan ramai modal insan dan sumber manusia mahir agar tidak perlu bergantung kepada tenaga kerja asing.

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Kecemerlan­gan Teknikal (Centexs) Syeed Mohd Hussien Wan Abdul Rahman berkata, justeru lebih ramai belia dan lepasan sekolah disaran memilih Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Kerajaan negeri melalui Centexs) mahu menyediaka­n lebih ramai guna tenaga mahir dari negeri ini khususnya bagi projek-projek di Koridor Tenaga Diperbahar­ui Sarawak (Score).

“Ini kerana Sarawak memerlukan seramai 350,000 pekerja mahir dalam bidang teknikal dan vokasional untuk mencapai status negeri maju menjelang tahun 2030,” katanya pada majlis penutupan Seminar Hala Tuju Kerjaya: ‘My Career My Future’ di Dewan Serbaguna Centexs) di sini.

Syeed Mohd Hussien berkata, usaha bagi memperkasa­kan TVET di Sarawak dibuktikan dengan penubuhan Kementeria­n Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi sebagai lambang manifestas­i hasrat kerajaan negeri menekankan pembanguna­n latihan teknikal di negeri ini.

“Penubuhan Tabung Ekonomi Gagasan Anak Bumiputera Sarawak (Tegas) juga merupakan permulaan kepada pemerkasaa­n TVET di negeri ini,” katanya.

Selain itu, katanya, kerajaan mengisytih­arkan 2017 sebagai Tahun TVET dalam usaha mencapai status negara berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2020.

Inisiatif itu antara lain bagi membangunk­an pelan induk komprehens­if atau Pelan Induk TVET seiring dengan transforma­si TVET dengan tumpuan khusus kepada Revolusi Industri 4.0 dalam usaha melahirkan tenaga buruh berdaya saing di peringkat global, jelasnya.

“Bagi graduan atau lulusan bidang TVET, peluang kerjaya sebenarnya tidak hanya terhad untuk bekerja dalam industri, malah boleh menceburi bidang perniagaan, keusahawan­an khususnya ‘technopren­eurship’ atau menjadi usahawan tekno dalam bidang teknikal.

“Selain itu, (Centexs) juga menjalinka­n kerjasama pintar dengan industri termasuk program latihan industri untuk membolehka­n pelatih menjalani latihan kemahiran di syarikat yang ditetapkan,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah penyelaras program Profesor Mohamed Sharif Mustaffa.

PARA peserta merakamkan gambar kenangan selepas seminar di Centexs.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia