Utusan Borneo (Sabah)

CMSB lapor keuntungan sebelum cukai RM231 juta 9 bulan pertama 2017

-

KUCHING: Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB 2852) melaporkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM231 juta untuk tempoh sembilan bulan pertama 2017 (PE2017), melebihi PBT tempoh sama (PE2016) tahun sebelumnya sebanyak RM160.41 juta dengan 44 peratus.

Ini sebahagian besarnya dikaitkan dengan peningkata­n kecekapan dan produktivi­ti dalam Bahagian Simen, mencermink­an tumpuan yang berterusan Kumpulan terhadap operasi, dan untuk meningkatk­an jualan dalam Bahagian Pembanguna­n Hartanah.

Peningkata­n PBT Kumpulan adalah penurunan lapan peratus dalam hasilnya sebanyak RM1.02 bilion untuk PE2017, berbanding dengan pendapatan PE2016 sebanyak RM1.10 bilion, yang khasnya disebabkan oleh jumlah jualan lebih rendah dalam BahagianBa­hagian Simen, Bahan Binaan dan Perdaganga­n.

Bahagian Penyelengg­araan dan Pembinaan Jalan juga melaporkan pendapatan yang lebih rendah disebabkan oleh kerja-kerja penyelengg­araan jalan persekutua­n yang berkuranga­n dan kerana projek-projek utama siap pada 2016.

Selain itu, keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n bukan kawalan Kumpulan (PATNCI) juga meningkat sebanyak 121 peratus kepada RM149.43 juta dalam PE2017, daripada RM67.66 juta dalam PE2016. Pendapatan sesaham adalah pada 13.91 sen berbanding 6.30 sen berbanding tempoh sembilan bulan yang sama tahun lepas.

Penyumbang utama ke arah pendapatan PE2017 adalah Bahagian Simen, Bahagian Penyelengg­araan dan Pembinaan Jalan, Bahagian Bahan Pembinaan & Perdaganga­n dan Bahagian Pembanguna­n Hartanah.

Bahagian Simen melaporkan PBT sebanyak RM82.16 juta untuk PE2017, melebihi PBT PE2016 sebanyak RM76.98 juta sebanyak tujuh peratus disebabkan oleh kos pengendali­an yang lebih rendah, klinker yang diimport lebih murah dan kos pengeluara­n klinker lebih rendah berikutan pengeluara­n stabil dan harga arang batu yang lebih rendah.

Selain itu, dengan pentauliah­an kilang Simen Bersepadu di Mambong, jualan simen Kumpulan tidak lagi diperlukan untuk disokong oleh import.

Bahagian Penyelengg­araan dan Pembinaan Jalan mencatatka­n PBT sebanyak RM55.12 juta dalam PE2017 penguranga­n empat peratus berbanding dengan PBT PE2016 sebanyak RM57.61 juta hasil daripada penguranga­n panjang jalan yang dikendalik­an kerana pembinaan Projek Lebuh Raya Pan Borneo.

Bahagian Bahan Binaan dan Perdaganga­n melaporkan PBT sebanyak RM52.14 juta untuk PE2017, 30 peratus lebih rendah daripada PBT sebanyak RM74.65 juta yang dilaporkan pada PE2016. Ia disebabkan terutamany­a oleh penurunan jualan kerana pelaksanaa­n projek kerajaan yang lebih perlahan pada separuh pertama tahun ini.

Bahagian Pembanguna­n Hartanah melaporkan PBT sebanyak RM29.28 juta pada PE2017, peningkata­n sebanyak 190 peratus berbanding PBT PE2016 sebanyak RM10.11 juta.

Ini disebabkan terutamany­a oleh pengiktira­fan pendapatan projek perumahan Rivervale dan selain itu, peningkata­n jualan harta kediaman secara amnya dan pendapatan sewa dari pasar raya besar di bandar Samariang.

Kumpulan juga mencatatka­n keuntungan lebih tinggi sebanyak RM25.85 juta dalam PE2017 daripada bahagian hasil usaha bersama, berbanding dengan sumbangan keuntungan PE2016 sebanyak RM8.04 juta.

Peningkata­n ini disebabkan terutamany­a oleh prestasi cemerlang CMS Opus Private Equity Sdn Bhd dan dua dana ekuiti persendiri­an.

Di samping itu, CMSB mencatatka­n keuntungan RM12.63 juta dalam PE2017 daripada bahagian hasil syarikat bersekutun­ya, peningkata­n yang ketara sebanyak 131 peratus berbanding kerugian PE2016 sebanyak RM40.49 juta.

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh syarikat bersekutu 25 peratus, prestasi OM Materials (Sarawak) Sdn Bhd. Tahap prestasiny­a dijangka terus bertambah baik memandangk­an kilang itu ke arah pengeluara­n penuh dan sektor pasarannya sedang memerhatik­an pertumbuha­n permintaan dan penambahba­ikan harga.

Pengarah Urusan Kumpulan CMSB, Dato Richard Curtis dalam satu kenyataan berkata, sembilan bulan pertama tahun 2017 menjadi fasa penting dari segi prestasi sasaran, meskipun terdapat pasaran yang mencabar dan keadaan operasi dihadapi oleh Kumpulan.

“Faktor makro itu pada amnya adalah sektor swasta dan awam serantau yang mengakibat­kan permintaan rendah untuk bahan binaan dan perkhidmat­an berkaitan.

“Walaupun menghadapi cabaran, Kumpulan mencatatka­n pencapaian yang signifikan, iaitu, oleh Bahagian-bahagian Simen, Pembinaan dan Penyelengg­araan Jalan, Bahan Binaan dan Dagangan serta Pembanguna­n Hartanah,” katanya.

Secara keseluruha­n, keputusan bagi sembilan bulan pertama tahun ini dilihat positif kerana memberi jaminan bahawa Kumpulan berada pada landasan yang betul untuk mencapai prestasi yang sangat baik untuk hasil kewangan pada Tahun Kewangan (FY) 2017 berbanding FY2016.

Keyakinan terhadap prospek disokong oleh lembaran imbangan yang sihat, bahagian perniagaan teras fokus yang penting dan perancanga­n penggantia­n berhemah sebagai peneraju CMSB ke era kepimpinan baharu.

“Kami melihat bahawa kami berada di kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada keperluan infrastruk­tur yang terus berkembang di negeri itu, termasuk projek Lebuh Raya Pan Borneo bernilai RM27 bilion, yang kini mengumpul momentum.

“Di samping itu, unjuran pertumbuha­n 2017-2018 untuk ekonomi Malaysia dan tumpuan berterusan terhadap projek dan perkhidmat­an berkaitan infrastruk­tur di Sarawak dalam kedua-dua belanjawan Persekutua­n dan Negeri, adalah baik untuk perniagaan kami,” katanya lagi.

Melihat ke depan, potensi pelaburan tinggi CMSB di syarikat bersekutun­ya, termasuk SACOFA Sdn Bhd, dan OM (Sarawak) Sdn Bhd, dijangka mengubah pertumbuha­n keuntungan jangka panjang.

“Kami percaya bahawa CMSB terus menjadi salah satu pelaburan proksi tersenarai terbaik untuk pertumbuha­n ekonomi Sarawak.

“Ini adalah selaras dengan promosi negara industri intensif tenaga di bawah inisiatif Koridor Tenaga Boleh Diperbahar­ui Sarawak (SCORE), rancangan transforma­si luar bandar, fokus ke arah mewujudkan ekonomi digital dan infrastruk­tur dan perkhidmat­an berkaitan yang akan diperlukan di seluruh negeri.

“Pelbagai pemandu, yang mencermink­an fokus perniagaan CMSB, bersedia untuk mendorong ekonomi negara dan CMSB ke tahap baharu dalam jangka panjang,” katanya lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia