Utusan Borneo (Sabah)

Abang Johari ikrar terus perjuangan tuntut hak Sarawak

Menjadi tanggungja­wab beliau sebagai KM untuk meneruskan legasi perjuangan Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem

-

LAWAS: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berikrar akan meneruskan perjuangan menuntut hak rakyat negeri ini daripada kerajaan persekutua­n di bawah fasa kedua Perlembaga­an dan undangunda­ng Malaysia.

Jelasnya, menjadi tanggungja­wabnya sebagai ketua pemimpin negeri ini untuk meneruskan legasi perjuangan bekas Ketua Menteri terdahulu, Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem (Tok Nan).

“Ini kerja saya. Saya akan meneruskan usaha Tok Nan mendapatka­n hak kita yang terhakis walaupun ada orang luar ajak kita berdebat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Cawangan PBB Bahagian Limbang (Bukit Kota, Batu Danau, Ba’ Kelalan dan Bukit Sari) di sini, pada Sabtu.

Hadir sama Timbalan Ketua MenteriDat­ukAmarAwan­gTengah Ali Hasan, Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong, Menteri Muda Pembanguna­n Usahawan dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Datuk Naroden Majais, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan Adun Lambir Ripin Lamat.

Abang Johari juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata hanya rakyat Sarawak sendiri mampu mempertaha­nkan hak negeri ini.

“Tiada orang lain dapat mempertaha­n hak Sarawak selain kita sendiri.

“Sebab itu saya menghantar peguam ke London untuk melihat banyak dokumen kita di London bawa balik ke Sarawak,” ujarnya lagi.

Katanya beliau tidak bimbang meneruskan perjuangan kerana mendapat sokongan kuat dairpada pemimpin di belakangny­a selain sokongan berterusan rakyat.

Jelasnya Sarawak melalui parti PBB turut menyuaraka­n hasrat yang sama untuk meminta hak-hak terhakis daripada kerajaan pusat.

“Hak kita perlu dikembali dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kata perkara itu boleh DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri dirunding,” tegasnya.

Beliau menjelaska­n lagi, PBB merupakan tulang belakang dan pencetus pembanguna­n berlaku di Sarawak.

Jelasnya, PBB memain peranan menyatupad­ukan rakyat pelbagai kaum dan mewujud keharmonia­n.

PBB, katanya, melalui peralihan kuasa berjalan lancar sejak zaman Tun Taib, Tok Nan dan di bawah kepimpinan beliau.

Terdahulu, Awang Tengah berkata PBB semakin kukuh merangkumi semua kaum Bumiputera dan inklusif untuk semua kaum.

Jelasnya, PBB merupakan payung kepada Bumiputera dan pelindung kepada kepentinga­n dan hak masyarakat Bumiputera dan diyakini kaum-kaum lain.

“Kekuatan PBB berasaskan kepimpinan meskipun saling bertukar ganti untuk memastikan kesinambun­gan perjuangan parti.

“Hari ini kita dipimpin oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

“Kita mempunyai keyakinan kukuh beliau (Abang Johari) akan membimbing dan akan meneruskan kepimpinan parti,” jelasnya.

Tambah beliau, semangat setia kepada puncuk pimpinan parti yang diamalkan selama ini menjadi asas kekuatan kepada parti itu.

Katanya, semua cawangan PBB di bahagian ini akan terus menyokong pucuk pimpinan Abang Johari dalam memacu pembanguna­n di negeri ini.

“Ini kerja saya. Saya akan meneruskan usaha Tok Nan mendapatka­n hak kita yang terhakis walaupun ada orang luar ajak kita berdebat. ”

 ??  ?? ABANG JOHARI (lima kiri) ditemani Awang Tengah (empat kiri) Asfia, Dr Abdul Rahman, Hasbi dan kenamaan lain.
ABANG JOHARI (lima kiri) ditemani Awang Tengah (empat kiri) Asfia, Dr Abdul Rahman, Hasbi dan kenamaan lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia