Utusan Borneo (Sabah)

Masyarakat harus kerjasama perangi aedes

-

MIRI: Masyarakat setempat diingat supaya memberi perhatian serius terhadap isu perangi nyamuk aedes dan terlibat sama aktiviti pencegahan serta kawalan denggi terutama kawasan perumahan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Piasau Datuk Sebastian Ting berkata, orang ramai dinasihat bersama memastikan kawasan persekitar­an rumah bebas daripada tempat pembiakan aedes.

“Secara umum kita ketahui, nyamuk aedes suka membiak di tempat takungan air. Justeru, pastikan bekas plastik, polisterin, tin atau botol kosong serta berkaitan tidak dibiar mengandung­i air walaupun sedikit.

“Utamakan kesihatan masing-masing kerana wabak nyamuk aedes ini turut boleh membawa maut,” jelasnya.

Ting berkata demikian pada majlis perasmian Kempen Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri Kedua Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 di balai raya Kampung Pasir Lutong di sini, pada Sabtu.

Hadir sama ialah Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii, Pegawai Kesihatan Bahagian Miri Dr Veronica Lugah, Pegawai Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Pasir Lutong Edward Mampo, ketua kaum serta tetamu kehormat yang lain.

Jelas Ting, kempen berkenaan bertujuan meningkatk­an kesedaran masyarakat pentingnya mengetahui langkah pencegahan penyakit denggi.

“Kehadiran pegawai Jabatan Kesihatan Miri dan agensi berkaitan adalah untuk membantu kita mencegah wabak nyamuk aedes.

“Justeru, saya menggesa supaya semua masyarakat di sini meluangkan masa sekurang-kurangnya 10 minit setiap minggu seperti disarankan kementeria­n kesihatan untuk memastikan kawasan persekitar­an rumah bersih dan bebas pembiakan nyamuk aedes,”katanya.

Terdahulu, Dr Veronica selaku pengelola kempen berkenaan memberitah­u, gotong-royong itu turut dilaksanak­an secara serentak di seluruh Negara.

Kempen seumpama itu jelasnya diadakan atas seruan kementeria­n kesihatan dalam usaha menggalakk­an masyarakat sentiasa prihatin terhadap kebersihan sekitar kawasan perumahan selain meningkatk­an kesedaran mengenai wabak denggi tersebut.

Menurut Dr Veronica, Kampung Pasir Lutong dipilih bagi kempen berkenaan kerana pernah menjadi kawasan hotspot pada tahun 2009 dan 2010.

“Tetapi dalam tempoh tujuh tahun ini, terdapat peningkata­n dan penurunan dalam kes yang dilaporkan,”katanya.

Jelasnya, pada 2011 tiada kes dilaporkan setelah kempen berkenaan dilaksanak­an, manakala pada tahun 2012 berlaku lima kes yang kemudiaann­ya tiada kes pada 2013 selepas kempen gotong-royong.

Manakala pada 2014 terdapat empat kes dilaporkan, sementara tiada kes pada 2015 dan 2016.

 ??  ?? DARI tiga kiri, Dr Veronica, Ting, Yii dan tetamu lain menyembur racun serangga pada replika nyamuk simbolik perasmian Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri Kedua Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 di balai raya Kampung Pasir Lutong.
DARI tiga kiri, Dr Veronica, Ting, Yii dan tetamu lain menyembur racun serangga pada replika nyamuk simbolik perasmian Gotong-Royong Mega Bersepadu Perangi Aedes Siri Kedua Peringkat Kebangsaan Tahun 2017 di balai raya Kampung Pasir Lutong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia