Utusan Borneo (Sabah)

Christmas Night Market meriah

Riverson Corporatio­n tarik penyertaan 140 artisan tempatan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Program Christmas Night Market yang berlangsun­g di ruang legar The Walk Riverson mendapat sambutan penuh meriah daripada orang ramai di negeri ini.

Program berkenaan dianjurkan oleh Riverson Corporatio­n Sdn Bhd dengan kerjasama Salt X Paper.

Ketua Pegawai Operasi Riverson Corporatio­n Sdn Bhd Ben Kong berkata, program yang julung kali diadakan itu juga mencapai peningkata­n dari aspek penglibata­n artisan tempatan.

“Pada awalnya, program ini sudah bermula sejak Mei lepas dengan seramai 40 peserta sahaja dan akhirnya meningkat menjadi 140 peserta keseluruha­nnya.

“Tidak kurang juga sambutan orang ramai dari pelbagai kaum dan agama yang bergilir-gilir hadir memeriahka­n program yang berlangsun­g selama dua hari bermula Sabtu lepas,” katanya ketika ditemui pada program Christmas Night Market, di sini pada Ahad.

daripada anak-anak muda Sabah yang sungguh berbakat.

“Pada awalnya, program ini sudah bermula sejak Mei lepas dengan seramai 40 peserta sahaja dan akhirnya meningkat menjadi 140 peserta ” keseluruha­nnya.

Ketua Pegawai Operasi Riverson Corporatio­n Sdn Bhd

Tambahnya, program yang diadakan sempena sambutan perayaan Krismas itu bertujuan mengeratka­n silaturahi­m antara sesama masyarakat pelbagai kaum yang meraikanny­a dalam satu bumbung.

Selain itu, ia juga memperliha­tkan keberhasil­an dalam menarik artisan tempatan untuk menonjolka­n bakat dan kreativiti masing-masing.

“Selain persembaha­n daripada artisan tempatan, pelbagai produk hasil buatan tempatan berjaya kita pamerkan pada program ini hasil tangan anak-anak muda Sabah sendiri.

“Ini memperliha­tkan bakat dan kelebihan yang ada pada setiap artisan Sabah yang sememangny­a mampu ke peringkat lebih tinggi lagi.

“Sudah semestinya pihak kamiakante­rusmengada­kan program seumpama ini pada tahun seterusnya bagi menyambut pelbagai perayaan yang diraikan oleh pelbagai kaum di negeri ini,” katanya.

Terdahulu, pelbagai pengisian menarik berlangsun­g sepanjang program yang bermula jam 3 petang hingga 9 malam itu seperti pameran produk hiasan krismas, persembaha­n nyanyian krismas, derma amal, hiburan daripada buskers tempatan dan sebagainya.

 ??  ?? PERSEMBAHA­N nyanyian lagu-lagu Krismas. BEN KONG
PERSEMBAHA­N nyanyian lagu-lagu Krismas. BEN KONG
 ??  ?? PERSEMBAHA­N
PERSEMBAHA­N
 ??  ?? BEN (tengah) bersama Ketua Jualan dan Pemasaran Riverson Corporatio­n Sdn Bhd Valerie Lo (kiri) dan Summer merakam gambar kenangan pada program itu.
BEN (tengah) bersama Ketua Jualan dan Pemasaran Riverson Corporatio­n Sdn Bhd Valerie Lo (kiri) dan Summer merakam gambar kenangan pada program itu.
 ??  ?? RUANG legar bangunan Walk Riverson sesak dengan pengunjung.
RUANG legar bangunan Walk Riverson sesak dengan pengunjung.
 ??  ?? POKOK Krismas yang diperbuat daripada kotak hadiah.
POKOK Krismas yang diperbuat daripada kotak hadiah.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia