Utusan Borneo (Sabah)

Usaha tangani epidemik HIV/AIDS perlu kerjasama semua

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA (tengah) bersama pemenang Pertanding­an Bayi Comel sempena Sambutan Hari AIDS Sedunia.

SANDAKAN: Ahli Dewan Undangan Negeri Elopura Datuk Au Kam Wah berkata kerjasama semua pihak amat diperlukan dalam berdepan cabaran epidemik HIV/ AIDS.

Katanya, ia termasuk untuk terlibat dalam aktiviti pencegahan HIV/AIDS, terlibat dalam menjana intervensi perubahan tingkah laku serta membuat saringan HIV di fasiliti kesihatan kerana pengesanan awal boleh mengelak daripada maut.

Aktiviti pendidikan berkaitan jangkitan HIV dan STI kepada golongan remaja dan belia juga amat penting dan ia menjadi tanggungja­wab ibu bapa dalam institusi kekeluarga­an untuk memberi pendidikan awal kepada anak-anak sebelum mereka terdedah kepada masalah sosial.

“Bukan satu tugas mudah untuk menangani epidemik AIDS. Tetapi saya percaya, dengan komitmen dan kerjas- ama pelbagai pihak, impian ini boleh menjadi kenyataan,” katanya pada Hari AIDS Sedunia 2017 di Pasar Malam Kim Fung di sini pada Sabtu. Teks ucapan beliau disampaika­n oleh PPM Elopura Chan Tzun Hei.

Hadir sama, Pengerusi SAGA Dr Zaiton Yahaya, Ketua AADK Daerah Sandakan Aishah Abdul Karim dan Pegawai Tadbir Politeknik Hazizul Abdul Hamid.

Untuk rekod, bagi tempoh 1986 hingga 2016, sebanyak 110,000 kes telah dilaporkan. Daripada jumlah itu, 22,000 mengidap AIDS dan 18,000 telah meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.

Jangkitan baharu HIV/AIDS kini banyak melibatkan golongan muda berusia lingkungan 18-40 tahun. Wanita juga adalah ‘vulnerable group’ di mana kebanyakan mereka boleh mendapat jangkitan daripada pasangan.

Hari AIDS Sedunia disambut pada 1 Disember bagi

CHAN (kiri) bersama Dr Zorina (tengah) dan Aishah ketika melawat tapak pameran.

memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV serta inisiatif badan bukan kerajaan untuk membantu kerajaan dalam mencegah dan membantera­s penularan penyakit itu amat dialu-alukan.

SAGA (Persatuan Sokongan Aids Sandakan) selaku penganjur telah melaksanak­an pelbagai program sejak minggu lalu bermula 23 hingga 25 November.

Antaranya, Sesi Ice-Breaking dan Perkongsia­n bersama individu HIV/AIDS bersama kakitangan IJM dan pelajar Politeknik, Perjumpaan untuk Memperkuku­hkan Program TAPS (Rawatan) serta Giant Race.

Turut diadakan, pengibaran riben merah di Bandar Kim Fung dan Heng Loong, pengumpula­n 200 tandatanga­n serta pengedaran risalah mengenai HIV/AIDS.

 ??  ??
 ??  ?? CHAN
CHAN
 ??  ??
 ??  ?? AHLI dan sukarelawa­n SAGA yang menjayakan Sambutan Hari AIDS Sedunia pada Sabtu.
AHLI dan sukarelawa­n SAGA yang menjayakan Sambutan Hari AIDS Sedunia pada Sabtu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia