Utusan Borneo (Sabah)

Sebelum ‘Sweet Dreams’, Eurythmics sedia hadapi kegagalan

-

LAGU ‘Sweet Dreams (Are Made of This)’ telah menjadi klasik dalam muzik pop dan menandakan kejayaan komersil bagi ‘synthpop’. Tetapi sebelum Eurythmics menulisnya, kumpulan duo itu bimbang mereka akan gagal.

“Saya ingat mood saya sangat teruk pada hari itu. Saya sebenarnya berfikir bahawa kami patut menyerah kalah,” imbau Annie Lennox tentang sesi rakaman pada 1982 di London bersama rakan sekumpulan­nya Dave Stewart.

“Saya duduk di sana dengan rasa seakanakan saya mungkin akan memberitah­unya bahawa saya akan pulang ke Scotland dan hanya melupakann­ya,” kata anak jati Aberdeen itu, yang mengalami kegagalan komersil dengan album pertamanya bersama Stewart sebagai kumpulan Eurythmics. Tiba-tiba Lennox menemui melodi yang kelihatan biasa sahaja di atas keyboard. Dan Stewart, amnya seorang gitaris, dengan cepat menghasilk­an rentak apabila dia bermain-main dengan mesin dram awal. “Segalanya begitu menarik dan bertenaga, tetapi kami tidak – dan syarikat rakaman ternyata tidak – memilihnya sebagai satu lagu single dari album itu sehingga kirakira pilihan ketiga atau keempat,” kata Stewart. Kumpulan duo itu, yang sudah beberapa tahun tidak membuat persembaha­n bersama tetapi masih mengekalka­n keserasian yang mesra, bercakap kepada AFP ketika mereka bersaing untuk memasuki ‘Rock and Roll Hall of Fame’.

Ketika dia bersiar-siar di EastWest Studio yang bersejarah di Hollywood, di mana The Beach Boys merakamkan ‘Pet Sounds’, Lennox duduk di sebuah piano dan – tanpa didorong – menyajikan versi akustik bagi ‘Sweet Dreams’.

- Mengingati perjuangan awal Kumpulan

Eurythmics bertanding buat kali pertamanya untuk ‘Hall of Fame’, di mana pakar muzik dan peminat mengundi untuk keputusan yang akan diumumkan pada Disember. Penghibur lain yang bertanding adalah daripada kumpulan rock eksperimen Radiohead hingga kepada penyanyi legenda Nina Simone.

Untuk menandakan perhatian baharu, kumpulan berkenaan mengumumka­n mereka akan mengeluark­an semula semua album mereka atas ‘vinyl’ (piring hitam) pada 2018.

Stewart berkata ‘Rock and Roll Hall of Fame’ pernah mengiktira­f artis yang cekal.

“Ramai orang melihat artis seperti kami – kami muncul di TV atau sebagainya – dan ia adalah kali pertama mereka melihat anda dan mereka fikir, ‘Oh, mereka sudah begitu berjaya’.

“Namun mereka tidak melihat kehidupan selama empat, lima atau 10 tahun dalam setinggan atau bergelut dan bermain kepada tiga orang. Saya rasa setiap artis dalam ‘Rock and Roll Hall of Fame’ pernah menempuh cabaran ini.”

‘Sweet Dreams (Are Made of These)’ dan albumnya dengan nama yang sama, dikeluarka­n pada awal 1983, melonjak ke atas carta di Eropah dan Amerika Utara disusuli beberapa album besar lain termasuk ‘Be Yourself Tonight’.

- Ketahanan yang mengejutka­n Dalam

lagu ‘Sweet Dreams’, Stewart mendapati mesin dram tidak nyaring, memberi bum berat pada rentak pertama, tidak seperti lagu tarian di mana ‘backbeat’ umumnya adalah dominan.

Walau bagaimanap­un lagu itu menjadi sampel umum dalam muzik tarian elektronik – dan kerap digunakan, paling menarik sekali oleh penyanyi ‘goth rock’ Marilyn Manson.

“Kami sama sekali tidak pernah menyangka bahawa ini akan menjadi lagu yang akan dipersemba­hkan di setiap festival EDM di seluruh dunia, kerana kami tidak membuat muzik tarian,” kata Stewart.

Lennox, yang menulis liriknya, berkata ‘Sweet Dreams’ pada mulanya bertujuan ironisnya untuk menimbang keadaan suram kumpulan duo itu. Tetapi dia akhirnya melihat bahawa lagu itu bercakap mengenai harapan yang semua orang bawa sepanjang hidup.

“Ia umpama, okay, kita di sini, apakah yang kita akan buat mengenainy­a? Kita tahu kita akan mati juga pada akhirnya,” katanya.

“Jadi ia adalah baris yang sangat berfalsafa­h dan ia hampir umpama satu sajak haiku kecil dalam cara kecil yang aneh.”

Dalam semangat semua orang yang mencari impian mereka sendiri, Lennox tidak kisah dengan tafsiran lain.

“Ia tidak ada kaitan dengan sadomasoch­isme, seperti apa yang orang selalu sangka,” katanya.

“Tetapi sebenarnya, jika anda mahu menjadikan­nya begitu, ia okay. Marilyn Manson membawanya ke satu ekstrim dan kami sangat gembira kerana dia berbuat begitu.” — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia