Utusan Borneo (Sabah)

AS keluar perjanjian ‘Global Compact on Migration’

Perjanjian dikatakan tidak konsisten dengan polisinya

-

PERTUBUHAN BANGSABANG­SA BERSATU: Pentadbira­n Presiden Donald Trump telah mengeluark­an Amerika Syarikat dari satu perjanjian untuk memperbaik­i cara menguruska­n pendatang dan situasi pelarian, melihat ia sebagai “tidak konsisten” dengan polisinya, misi AS untuk badan dunia mengumumka­n kelmarin.

“Pada hari ini, misi AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah memaklumka­n Setiausaha Agung PBB bahawa Amerika Syarikat sedang menamatkan penyertaan­nya dalam Global Compact on Migration,” pihak Amerika menyatakan dalam satu kenyataan.

Pada September 2016, 193 anggota bagi Dewan Umum PBB telah sebulat suara menerima satu deklarasi politik yang tidak mengikat, New York Declaratio­n for Refugees and Migrants, berjanji akan mempertaha­nkan hak pelarian, membantu mereka bagi penempatan dan memastikan mereka mempunyai akses untuk pendidikan dan pekerjaan.

“Deklarasi New York mengandung­i beberapa peruntukan yang tidak konsisten dengan polisi imigrasi dan pelarian AS serta prinsip imigrasi Pentadbira­n Trump. Hasilnya, Presiden Trump telah menentukan bahawa Amerika Syarikat akan menamatkan penyertaan­nya dalam proses Compact yang bertujuan untuk mencapai konsensus antarabang­sa di PBB pada 2018,” menurut kenyataan AS.

Duta AS Nikki Haley menyatakan negara akan meneruskan “sikap murah hatinya” dengan menyokong migran dan pelarian dari seluruh dunia, namun “keputusan kami bagi polisi imigrasi harus selalu dilakukan oleh Amerika dan hanya Amerika sahaja.”

“Kami akan memutuskan bagaimana yang terbaik bagi mengawal sempadan kami dan siapa yang akan dibenarkan untuk memasuki negara kami. Pendekatan global dalam Deklarasi New York adalah tidak bersesuaia­n dengan kedaulatan AS.”

Di bawah Trump dan polisi “America First”, Amerika Syarikat telah berundur dari beberapa komitmen global yang dilakukan di bawah pentadbira­n presiden Barack Obama, termasuk perjanjian iklim Paris.— AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia