Utusan Borneo (Sabah)

Penunjuk perasaan Romania bertempur pencegah rusuhan halang pesta Krismas

-

BUCHAREST: Para penunjuk perasaan Romania telah bertempur sekejap dengan pihak polis pencegah rusuhan kelmarin ketika mereka menghalang pekerja pembinaan dari membuat satu pesta Krismas di kawasan tunjuk perasaan antirasuah di Bucharest.

Victory Square telah menjadi tuan rumah bagi bantahan jalanan yang besar pada permulaan tahun selepas cubaan oleh pihak pemberonta­k Demokrat Sosial yang menjadikan beberapa kesalahan rasuah sebagai jenayah serta telah menjadi satu tempat perhimpuna­n bagi kebanyakan protes secara aman sejak itu.

Tunjuk perasaan selanjutny­a telah diumumkan di dalam media sosial ketika parlimen bersedia untuk meluluskan satu perubahan kehakiman yang telah dikritik oleh pemimpin haluan tengah Presiden Klaus Iohannis, Suruhanjay­a Eropah dan Jabatan Negara AS.

Pada awal minggu ini Datuk Bandar Bucharest Gabriela Firea, seorang anggota kanan Demokrat Sosial, menyatakan beliau akan mengadakan sebuah pesta Krismas sepanjang Disember ini di dataran, satu keputusan yang dikatakan oleh Perdana Menteri Mihai Tudose dari Demokrat Sosial sebagai tidak “diharapkan sangat.”

Kelmarin, penunjuk perasaan mula membuka aram-aram dan pagar untuk pesta tersebut, mengibarka­n bendera sambil melaungkan “Kami tidak akan menyerahka­n Victory Square,” dan “Firea, jangan lupa, dataran ini bukan milik kamu.”

Tiga penunjuk perasaan telah dibawa ke sebuah stesen polis, jurucakap polis pencegah rusuhan Georgian Enache memberitah­u agensi berita negara Agerpres. Beliau menambah salah seorang daripada mereka telah dituduh memukul orang lain.

Terdapat tiada cubaan polis lain bagi menghentik­an penunjuk perasaan dari mencabut pagar.

“Kami sedang meminta pihak dewan bandar raya Bucharest agar membatalka­n ia dengan segera… tindakan untuk memagari dataran Victory,” beberapa aktivis menyatakan dalam satu kenyataan di laman Facebook.

“Kami menggesa rakyat untuk membantah dengan tegas namun bukan secara ganas. Kami akan menghentik­an cubaan khianat dan awal oleh datuk bandar Gabriela Firea bagi menghalang bantahan pada satu masa yang penting bagi masa depan negara.”

Pada awal minggu ini, Firea telah menafikan tuduhan beliau sedang cuba untuk menghalang bantahan dalam satu kenyataan dan menggesa orang ramai agar “bersikap tegas terhadap perkara yang menyatukan kita, bukannya sesuatuyan­gmemecahbe­lahkan.” — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia