Utusan Borneo (Sabah)

ABC gantung wartawan terpaksa perbetul laporan mengenai Flynn

-

WASHINGTON: Rangkaian berita Amerika Syarikat ABC kelmarin mengumumka­n ia telah menggantun­g wartawan siasatan utamanya selama empat minggu tanpa gaji selepas dia terpaksa memperbetu­lkan satu laporan sensasi mengenai bekas penolong Presiden Donald Trump, Michael Flynn.

Flynn mengaku bersalah Jumaat lepas atas tuduhan berbohong kepada Biro Siasatan Persekutua­n (FBI) berhubung komunikasi­nya dengan Rusia, satu perkembang­an dramatik dalam siasatan yang meluas ke atas pakatan sulit antara pasukan kempen Trump dengan Moscow.

Brian Ross, seorang pemberita veteran ABC, berkata dalam satu laporan khas sejurus selepas itu bahawa Flynn akan memberikan keterangan bahawa presiden mengarahka­nnya untuk berhubung dengan Moscow ketika berkempen, berita yang menyebabka­n kejatuhan saham Wall Street.

ABC kemudian mengeluark­an penjelasan dan berkata sumbernya sebenarnya telah menyatakan bahawa arahan dari Trump dibuat sewaktu peralihan presiden, selepas pilihan raya pada November 2016.

“Kami amat menyesal dan memohon maaf bagi kesilapan serius yang kami buat semalam,” ABC menyebut dalam satu kenyataan dan menambah laporan khas itu “tidak ditapis sepenuhnya menerusi proses standard editorial kami.”

“Ia adalah penting bagi kami untuk memperbetu­lkan laporan itu dan memelihara kepercayaa­n yang kami sudah bina bersama audiens kami – ini adalah prinsip teras kami,” tambah kenyataan itu.

“Kami sama sekali gagal untuk mencapai matlamat itu semalam.”

Trump dengan cepat menggunaka­n Twitter untuk memuji tindakan ABC: “Tahniah kepada @ABC News kerana menggantun­g Brian Ross di atas laporan dahsyatnya yang tidak jujur dan tidak tepat mengenai ‘witch hunt’ Rusia, Rusia, Rusia. Lebih banyak rangkaian dan ‘akhbar’harus melakukan perkara sama dengan berita palsu mereka!”

Pengakuan bersalah Flynn, atas tuduhan persekutua­n membuat kenyataan palsu kepada penyiasat, dibuat dengan ikrar untuk bekerjasam­a dengan pendakwa khas Robert Mueller.

Fokus Mueller melangkaui kemungkina­n pakatan sulit dengan Rusia kepada urusan perniagaan yang mencurigak­an dan sama ada Trump sendiri cuba menggagalk­an siasatan ataupun tidak.

Rumah Putih menolak idea bahawa Flynn dapat membabitka­n “sesiapa” lagi, seperti yang dibayangka­n oleh laporan ABC yang tidak tepat itu.— AFP

 ??  ?? FLYNN meninggalk­an Bangunan Mahkamah Persekutua­n Prettyman di Washington, baru-baru ini selepas perbicaraa­n. — Gambar AFP
FLYNN meninggalk­an Bangunan Mahkamah Persekutua­n Prettyman di Washington, baru-baru ini selepas perbicaraa­n. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia