Utusan Borneo (Sabah)

Puluhan ribu berarak bantah rasuah di dalam kerajaan di Tel Aviv

-

TEL AVIV: Puluhan ribu orang telah membantah di Tel Aviv menentang apa yang mereka katakan sebagai rasuah di dalam kerajaan dan siasatan yang agak perlahan terhadap Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.

Netanyahu telah disyaki menerima hadiah mewah daripada penyokong kaya dan turut berdepan dengan soal siasat polis mengenai satu perjanjian rahsia yang beliau dikatakan telah perolehi bagi liputan memihak dengan penerbit akhbar harian jualan tertinggi Israel Yediot Aharonot.

Penunjuk perasaan pada lewat kelmarin telah berkumpul di sebuah dataran yang luas bagi kawasan kejiranan mewah di bandar Israel, menurut seorang wartawan AFP, melaungkan “Memalukan” dan “Bibi pulang”, merujuk kepada perdana menteri dengan nama gelarannya.

Perhimpuna­n tersebut dikenali sebagai “perarakan memalukan” – telah dianjurkan oleh pemimpin bagi bantahan mingguan yang telah dilakukan di luar kediaman Peguam Umum Avishai Mandelblit sepanjang beberapa bulan lepas.

“Bibi dan kerajaanny­a telah memusnahka­n negara. Cukuplah dengan kegiatan rasuah,” menurut penunjuk perasaan Michal, seorang penduduk Tel Aviv yang lebih suka tidak menyatakan nama penuhnya.

Pemimpin pembangkan­g Isaac Herzog telah menyuaraka­n perpaduan dengan penunjuk perasaan, menulis di dalam Facebook bahawa “kekecewaan… berpunca dari satu perasaan ketidakadi­lan, meluat terhadap rasuah dan objektif moral terhadap satu undang-undang dilakukan bagi mengukur seseorang”.

Parlimen Israel pada hari ini akan memberikan satu pembacaan kedua dan ketiga untuk satu rang undang-undang yang menurut penentang Netanyahu telah direka untuk membantu beliau berdepan dengan siasatan polis.

Penaja rang undang-undang, David Amsalem dari parti Likud pimpinan Netanyahu, menyatakan beliau hanya cuba untuk melindungi hak asasi dan reputasi suspek.

Netanyahu telah disyaki sebagai menerima hadiah mewah daripada individu berpengaru­h termasuk ahli perniagaan Israel dan pengarah Hollywood Arnon Milchan, yang turut disoal siasat.

Milchan, seorang teman lama Netanyahu, dilaporkan menghantar kepada beliau beberapa kotak cerut mahal dan barangan lain bernilai puluhan ribu dolar.

Sebagai tambahan kepada kecurigaan bahawa hadiah bersamaan dengan rasuah, pihak polis turut mengesyaki Netanyahu cuba mendapatka­n satu perjanjian rahsia tidak dipercayai telah ditetapkan yang akan melihat beliau menerima liputan memihak sebagai balasan kerana membantu menangani pesaing Yediot, pihak Israel Hayom yang bersifat pro-Netanyahu.— AFP

 ??  ?? PULUHAN ribu orang menyertai perhimpuna­n yang dikenali ‘Perarakan Memalukan’ menentang Netanyahu di Tel Aviv, kelmarin. — Gambar AFP
PULUHAN ribu orang menyertai perhimpuna­n yang dikenali ‘Perarakan Memalukan’ menentang Netanyahu di Tel Aviv, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia