Utusan Borneo (Sabah)

Safa pilih 45 pemain futsal

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Futsal, Persatuan Bolasepak Sabah (Safa) telah memilih 45 pemain membarisi senarai awal pasukan Projek Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Senarai pemain yang mana terdiri dari 25 pemain lelaki dan 20 pemain wanita itu dijangka akan diumumkan oleh pengerusi jawatankua­sa Yamani Hafez Musa dalam masa terdekat ini.

Selain pemain, senarai jurulatih juga akan diumum bersama sebelum pasukan itu dijangka memulakan latihan Fasa I bermula awal tahun hadapan.

Jumlah pemain yang terpilih itu merupakan antara kira-kira 180 pemain yang telah menyertai sesi pemilihan yang berlangsun­g di Arena Yayasan Sabah berakhir Ahad.

Sesi pemilihan itu telah dikendalik­an oleh Mohd Asyraaf Abdullah selaku ketua dibantu oleh Azman Soaibah, Rosmadih Wasli, Mohd Nazrey Mohd Yunus dan Khairul Japli.

“Saya mendapati bakatbakat yang hadir (menyertai sesi pemilihah) kali ini (memiliki kualiti) dan kemahiran lebih baik.

“Teknik individu dan pengetahua­n taktikal sedia ada mereka akan memudahkan para jurulatih menerap taktikal yang (akan) mereka canang,” jelas Asyraaf.

“Kira-kira 4-6 pemain yang terpilih ini juga memiliki pengalaman bermain dalam liga yang kompetitif semasa Liga Futsal Sabah (LFS) baru-baru ini.

“Mereka akan menjadi tonggak pasukan untuk Sukma kali ini (tahun hadapan).Sayayakinp­asukan (ini) akan menyerlah dibawah jurulatih berpengala­man dan bakat-bakat pemain yang akan mewarnai pasukan futsal kali ini,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia