Utusan Borneo (Sabah)

1,000 jayakan Larian The Borneo Post dan Yeo’s di Tanjung Aru

1,000 jayakan Larian The Borneo Post dan Yeo’s

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Seramai 1,000 orang menyertai Larian The Borneo Post dan Yeo’s 2017 bertemakan ‘Pirate Of Borneo Fun Run’ yang diadakan di Pantai Tanjung Aru pada Ahad.

Acara yang masuk tahun kedua itu dianjurkan secara bersama antara Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad (Yeo’s) dan The Borneo Post bagi menggalakk­an gaya hidup sihat selain mempromosi­kan produk Yeo’s kepada masyarakat awam.

Pelepasan peserta disempurna­kan oleh Pengurus Sokongan Kawasan Kumpulan See Hua Tie King Hoh, Pengurus Kanan See Hua Marketing (Sabah) Sdn Bhd Wong Pak Ing bersama Renjer Sekolah Yeo’s Hiap Seng (YSH) Trading Sdn Bhd Sabah Chew Suet Mei dan Pegawai Eksekutif Jualan YSH Lim Kain Shung.

Dalam kenyataan medianya, Pengurus Jualan Yeo’s Candy Pang berkata pihaknya amat berbesar hati untuk bekerjasam­a dengan The Borneo Post bagi meneruskan inisiatif komuniti itu.

“Acara ini sememangny­a menjadi trend di Malaysia kerana ia adalah salah satu sukan yang lasak tetapi acara terbaik untuk melatih kekuatan serta keazaman peserta melintasi garisan penamat.

“Acara ini juga akan menjadi penanda aras kepada pencapaian baharu kami bagi setiap kali penganjura­nnya,” katanya.

Justeru, beliau berharap acara sedemikian akan menjadi pembakar semangat kepada Yeo’s untuk terus memperkena­lkan produk makanan dan minuman yang sihat kepada masyarakat umum.

Dalam acara itu, peserta disediakan bekalan minuman Yeo’s Jasmine Green Tea sepanjang laluan larian sejauh 10 kilometer bagi mengekalka­n kesegaran dan kekuatan mereka.

Peserta juga berkesempa­tan menikmati pembelian promosi istimewa di gerai jualan Yeo’s yang dibuka sepanjang acara berkenaan.

Pemenang bagi setiap kategori terbuka dan veteran membawa pulang wang tunai bernilai RM500, RM300 dan RM200 bagi tempat pertama hingga ketiga.

Acara larian itu juga adalah bersempena Hari Sukarelawa­n Antarabang­sa (IVD) yang diadakan oleh Perhimpuna­n Agung PBB pada 5 Disember setiap tahun.

Ia dilihat sebagai peluang terbaik buat sukarelawa­n atau organisasi untuk meraikan titik peluh, berkongsi nilai-nilai murni dan mempromosi­kan kerja mereka dalam kalangan komuniti, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), agensiagen­si PBB, pihak berkuasa kerajaan dan sektor swasta.

Selain menggerakk­an beribu-ribu sukarelawa­n setiap tahun, program Sukarelawa­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNV) turut menyumbang kepada pembanguna­n dengan menyokong pengiktira­fan sukarelawa­n dalam program pembanguna­n.

Koordinato­r Program Wild Borneo Jun Gerald berkata, acara itu bertujuan mewujudkan kesedaran melalui saluran sumbangan sekurang-kurangnya 500 anak benih pokok yang akan ditanam di Koridor Hutan Sabah.

Katanya, bermula bulan lepas, 150 pokok sudah ditanam, manakala 350 pokok lagi akan ditanam sebelum akhir Disember ini.

Yeo’s Jasmine Green Tea yang menjadi pilihan minuman masyarakat Malaysia Timur dihasilkan dengan kesegaran daun teh hijau premium serta dihidangka­n tanpa pengawet tambahan dan kurang manis.

Pelbagai manfaat diperoleh termasukla­h meningkatk­an metabolism­e tubuh badan serta menurunkan paras kolesterol.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? PESERTA berlari sepanjang laluan yang disediakan di pesisir pantai Tanjung Aru.
PESERTA berlari sepanjang laluan yang disediakan di pesisir pantai Tanjung Aru.
 ??  ?? LIM (dua dari kanan, baris belakang) merakam gambar bersama warga Yeo’s sambil menunjukka­n produk minuman Yeo’s Jasmine Green Tea.
LIM (dua dari kanan, baris belakang) merakam gambar bersama warga Yeo’s sambil menunjukka­n produk minuman Yeo’s Jasmine Green Tea.
 ??  ?? WONG (lima kanan) merakam gambar kenangan bersama kesemua pemenang bagi kategori lelaki terbuka.
WONG (lima kanan) merakam gambar kenangan bersama kesemua pemenang bagi kategori lelaki terbuka.
 ??  ?? CHEW (tengah) merakam gambar bersama kesemua pemenang kategori terbuka wanita.
CHEW (tengah) merakam gambar bersama kesemua pemenang kategori terbuka wanita.
 ??  ?? WONG (tiga kiri) merakam gambar kenangan bersama kesemua pemenang kategori terbuka kanak-kanak lelaki.
WONG (tiga kiri) merakam gambar kenangan bersama kesemua pemenang kategori terbuka kanak-kanak lelaki.
 ??  ?? (gambar atas) KESEMUA pemenang kategori terbuka veteran wanita merakam gambar kenangan bersama Tie (empat kanan) sambil memegang trofi.
(gambar atas) KESEMUA pemenang kategori terbuka veteran wanita merakam gambar kenangan bersama Tie (empat kanan) sambil memegang trofi.
 ??  ?? TIE (tengah) merakam gambar kenangan bersama pemenang kategori terbuka kanak-kanak perempuan.
TIE (tengah) merakam gambar kenangan bersama pemenang kategori terbuka kanak-kanak perempuan.
 ??  ?? PESERTA membeli produk Yeo’s Jasmine Green Tea yang dijual pada harga promosi.
PESERTA membeli produk Yeo’s Jasmine Green Tea yang dijual pada harga promosi.
 ??  ?? SUASANA di pantai Tanjung Aru dengan kelibat peserta yang berjaya menamatkan larian.
SUASANA di pantai Tanjung Aru dengan kelibat peserta yang berjaya menamatkan larian.
 ??  ?? LIM (empat kiri) merakam gambar bersama kesemua pemenang kategori terbuka veteran lelaki.
LIM (empat kiri) merakam gambar bersama kesemua pemenang kategori terbuka veteran lelaki.
 ??  ?? PESERTA yang berjaya menghabisk­an larian dengan awal merakam gambar kenangan.
PESERTA yang berjaya menghabisk­an larian dengan awal merakam gambar kenangan.
 ??  ?? PIHAK penganjur merakam gambar kenangan bersama peserta larian.
PIHAK penganjur merakam gambar kenangan bersama peserta larian.
 ??  ?? PESERTA pertama yang sampai ke garisan penamat.
PESERTA pertama yang sampai ke garisan penamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia